seismik

Lelaki Ini Kecewa Kerana Tukang Gunting Rambut Di KL Tak Tahu Sabah Itu Di Malaysia

Itulah pentingnya 'geography education'.

Cover image via SAYS

Tidak kami sangka, sehingga hari ini masih ada lagi sesetengah masyarakat Malaysia yang tidak mengenali negara mereka sendiri

Seperti yang diceritakan seorang pengguna Facebook, Jufazli Shi Ahmad, beliau telah disangkakan berasal dari negara seberang oleh seorang tukang gunting rambut semasa beliau ke kedai gunting rambut di Kuala Lumpur.

Beliau meluahkan rasa kecewanya terhadap tukang gunting tersebut yang menyangka dirinya orang seberang walaupun sudah diberitahu yang beliau berasal dari Sandakan, Sabah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via nessaeyy.blogspot.my

Pada awalnya, beliau disapa mesra oleh tukang gunting tersebut. Tukang gunting itu bertanyakan dari mana beliau berasal dan wajahnya kelihatan familiar.

"Aku sebagai orang Sabah ingin tegur sikit saudara-saudara ku di Semenanjung Malaysia untuk rajin membaca. Kenapa? Tadi aku gunting rambut di satu kedai Barber Shop kawasan Kuala Lumpur. Tukang gunting rambut tu tanya aku, "asal mana bro? Macam biasa nampak." Aku senyum tersengih macam artis. Dalam hati ku, mungkin kau pernah nampak muka aku viral di Malaysia sebab aku orang Malaysia.

"Tanggapan ku meleset. Kau mau tau apa bro tu fikir aku orang apa? Nah. Aku cakap dengan lelaki Melayu tu aku asal Sandakan, Sabah. Terus dia cakap, "Oh, Indonesia". Dalam hati ku beristighfar terus dan sambil memaki saja dalam hati ku sebab ndak sangka ada orang Malaysia abad ke-21 ndak tau Sandakan, Sabah tu di mana,"
tulisnya.

facebook.com

Kemudian, dengan yakinnya si tukang gunting rambut itu berbahasa Inggeris pula dengannya. Beliau ditanya akan pandangan beliau terhadap Malaysia.

"Lepas dia confident aku orang Indonesia, terus cakap Bahasa Inggeris pula. Dia tanya apa yang interesting di Malaysia. Aku pun ndak mau dia malu, maka aku layanlah Bahasa Inggerisnya dengan bahasa Inggeris ku walaupun sebenarnya dia tu Melayu dan aku ni saudaranya dari Malaysia.

Kepada saudaraku di Semenanjung Malaysia, Ndak guna bro kalau kau pandai cakap Bahasa Inggeris tapi kau ndak tau Sandakan, Sabah tu adalah salah satu tempat dalam Malaysia. Bukan Indonesia bro "Sandakan dan Sabah" tu. Maaflah. Nampak bodoh kita kalau kita tidak tahu asas ni sebagai rakyat Malaysia. Sayang,"
sambungnya lagi.

facebook.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via dp.prom.ua

"Sabah tu salah satu negara yang membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963..."

*"Sabah tu salah satu negara yang membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Bro sila rajin baca sejarah kita. Jangan baca sejarah Malaya saja. Kenyataan kau memang rasis bagi aku dan merendahkan kedudukan Sabah dalam Malaysia.

"Akhir sekali, Bahasa Melayu aku memang bahasa Melayu baku. Bukan bahasa Melayu acah-acah hipster yang kedengaran macam bahasa orang gila. So, kau jangan ingat aku dari Indonesia hanya kerana bahasa Melayu aku bukan bahasa Melayu ala Semenanjung Malaysia. Aku sebagai Sabahan dan Bajau yang ada bahasa bangsa sendiri merasa bangga sebab nampaknya aku lebih hormat kedudukan Bahasa Melayu atas tujuan hormat kau sebagai orang Melayu di atas Tanah Malaysia.

"Share kalau ada kawan kamu ingat Sabah tu bukan sebahagian Malaysia. Kita ajar dorang supaya saudara-saudara kita di Malaya tahu beza Sabah tu adalah Sabah yang berada dalam Malaysia dan Indonesia adalah Indonesia.

No rasis!" Akhirinya."

facebook.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: