seismik

Anak Mati Dalam Lokap, Keluarga Orang Asli Tuntut Penjelasan PDRM Tak Diberi Tengok CCTV

Difahamkan, pihak polis membuka satu kertas siasatan SDR (mati mengejut) susulan kejadian itu terjadi.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan suami isteri Orang Asli dari Runchang, Pekan, Pahang memohon pihak polis mendedahkan hasil siasatan berhubung kematian anak sulung mereka yang ditemui meninggal dunia dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan pada 4 Mei lalu

Menerusi laporan Sinar Harian, Noriah Hitam, 51, dan suami, Me King King, 58, mendakwa sehingga kini pihak keluarga langsung tidak dimaklumkan berhubung perkembangan kes kematian anaknya, Norazman Me, 25, yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi motosikal.

Noriah berkata, pihak keluarga hanya diberitahu siasatan kes dijalankan pasukan polis dari Bukit Aman.

Image via Malaysia Kini

"Sekarang sudah hampir lima bulan kejadian berlaku namun kami langsung tidak menerima sebarang maklum balas daripada polis.

"Saya tidak puas hati dan mendesak siasatan kematian anak saya dilakukan secara terperinci dan adil," katanya.

Dakwa pihak polis tak bagi tengok rakaman CCTV

Pasangan itu bersama seorang lagi anak mereka, Rodiah Me, 19, ditemui di pejabat peguam yang mewakili mereka, Datuk Bob Arumugam di sini pada Khamis, 26 September.

Noriah berkata, pihak keluarga juga kesal kerana tidak dibenarkan untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lokap bagi melihat sendiri kejadian sebenar yang berlaku.

Menurutnya, anaknya ditahan bersama seorang rakan di Sungai Miang, Pekan kerana disyaki terlibat dalam kes curi motosikal pada 1 Mei lalu.

"Kira-kira jam 3 pagi, 4 Mei lalu, kami menerima panggilan daripada pihak polis memaklumkan anak lelaki saya meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

"Kami ke HTAA dan mayat diserahkan kepada keluarga selepas selesai bedah siasat untuk dibawa pulang dan dikebumikan.

"Selepas itu, kami langsung tidak menerima sebarang jawapan kes ini walaupun beberapa kali cuba menghubungi pegawai terlibat melalui panggilan telefon dan pesanan WhatsApp untuk mengetahui perkembangannya," katanya.

Difahamkan, kali terakhir dia bertemu anak sulungnya itu pada April lalu memandangkan Norazman yang juga duda tinggal bersama bapa saudara di Sungai Miang.

Image via Malaysia Kini

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya sudah melakukan siasatan awal susulan insiden kematian tahanan berkenaan

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman

Image via Utusan Malaysia

"Kes ini telah dibuka kertas siasatan SDR (mati mengejut) selepas kejadian.

"Saya juga bersedia untuk bertemu dengan keluarga mangsa bagi tujuan penjelasan lanjut berkaitan kes itu," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: