Anda Kini Boleh Tempah Slot Makan Di Rembayung Terus Menerusi Aplikasi Grab Sahaja
Khairul Aming berkata sistem baharu itu bertujuan untuk mencegah scalpers.
Cover image via RembayungFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rembayung kini memperkenalkan sistem tempahan dalam talian baharu melalui Grab bagi memudahkan urusan menempah meja
Dalam satu video yang dikongsikan di media sosial restoran tersebut semalam, 2 November, Khairul Aming selaku pemilik mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh membuat tempahan secara terus melalui Grab.
Beliau menjelaskan bahawa sebelum ini, restoran tersebut berdepan dengan masalah melibatkan pihak yang mengambil kesempatan menjual semula tempahan (scalpers) serta penjual semula yang tidak sah, sekali gus menyukarkan pelanggan untuk mendapatkan tempahan.

Untuk membuat tempahan, pelanggan kini boleh mengakses aplikasi Grab, memilih 'Dine Out', menekan 'Book A Table' dan cari Rembayung
Pelanggan kemudian boleh memilih tarikh dan masa makan, bilangan tetamu, serta sama ada ingin makan di premis atau membuat pesanan untuk dibawa pulang.
Deposit sebanyak RM10 bagi setiap tempahan diperlukan. Walau bagaimanapun, Khairul Aming memberi jaminan kepada pelanggan bahawa jumlah tersebut akan dikembalikan dengan menolaknya daripada bil akhir mereka.
Pempengaruh itu turut menyatakan bahawa tempahan tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain bagi mengelakkan scalpers daripada menjual semula tempahan tersebut
Pelanggan perlu membawa telefon yang digunakan untuk membuat tempahan dan membuka aplikasi Grab mereka bagi tujuan pengesahan sebelum memasuki restoran.
Paparan skrin (screenshot) pengesahan tempahan tidak akan diterima.
Setiap pengguna Grab yang sah hanya dibenarkan membuat satu tempahan bagi setiap dua minggu.
Lihat penjelasan Khairul Aming di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


