Anda Sebenarnya Boleh Isi RON95 Dalam Bekas Kosong, Tapi Ini Syaratnya

Macam itu rupanya :O

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook & Kementerian Kewangan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Membeli petrol, termasuk RON95 bersubsidi dalam bekas kosong sebenarnya dibenarkan, tetapi tetap perlu mengikut undang-undang

Rakyat Malaysia boleh membeli RON95 secara sah untuk kegunaan peribadi dengan mengisinya dalam bekas kosong, untuk bot, mesin pemotong rumput mahupun projek DIY.

Walau bagaimanpun, anda tidak boleh mengisi lebih daripada 20 liter pada satu masa tanpa permit khas.

Had tersebut wujud untuk keselamatan, bagi mencegah penyalahgunaan bahan api dan untuk menghentikan penjualan semula atau penyeludupan haram.

Jika melebihi had tersebut, terutamanya apabila ia dilakukan berulang kali atau dalam jumlah yang besar, boleh dianggap sebagai niat komersial.

Apa yang berlaku dalam insiden tular di Johor Bahru melibatkan isu ini?

Semalam, 23 Mac, seorang lelaki dan wanita di sebuah stesen minyak di Skudai, Johor Bahru, telah dirakam sedang mengisi 71.77 liter RON95 ke dalam bekas plastik yang tersembunyi di but kereta mereka, lebih 3.5 kali ganda daripada had yang dibenarkan.

Selepas selesai, mereka turut mengisi semula tangki kenderaan mereka di pam yang berbeza. Klip itu, yang dikongsi di Facebook, telah tular dan mendapat perhatian ramai.

Jumlah kos bahan api ialah RM234.69, tetapi pihak berkuasa lebih melihat kepada pelanggaran peraturan di bawah program BUDI95.

SAYS.com
Image via Facebook

Kementerian Kewangan mengesahkan pasangan yang terlibat merupakan warganegara Malaysia dan pemegang MyKad

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan (MOF) berkata pihaknya memandang serius akan kejadian terbabit dan telah menyekat MyKad mereka daripada menerima subsidi bahan api.

MOF memaklumkan perbuatan itu "jelas melanggar peraturan" dengan menyalahgunakan subsidi bahan api di bawah program BUDI95 dan boleh menjejaskan usaha untuk memastikan subsidi disasarkan dengan betul.

MOF juga menekankan bahawa kerajaan "tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk ketirisan atau penyalahgunaan subsidi", sambil menambah bahawa penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

Walaupun pembelian melalui kaedah ini adalah sah di sisi undang-undang, peraturan tetap wujud atas tiga sebab utama:

  • Keselamatan: Menyimpan sejumlah besar petrol dalam bekas plastik meningkatkan risiko kebakaran atau letupan.
  • Kawalan subsidi: Program BUDI95 bertujuan untuk menyediakan subsidi bahan api yang disasarkan. Pembelian besar-besaran selain untuk kenderaan boleh dilihat sebagai penjualan semula secara haram atau penyeludupan rentas sempadan.
  • Kestabilan bekalan: Pengumpulan bahan api dalam jumlah besar yang tidak dipantau boleh menjejaskan bekalan domestik, yang amat sensitif memandangkan gangguan antarabangsa baru-baru ini dalam pengangkutan minyak.

Kesimpulannya?

Membeli RON95 dalam bekas kosong bukanlah sesuatu yang dilarang sama sekali, larangan hanya melibatkan apabila kuantiti melebihi 20 liter tanpa permit yang sah.

Pihak berkuasa sedang memantau rapi tingkah laku sedemikian, dan kes di Johor Bahru yang tular menunjukkan betapa cepatnya penyalahgunaan boleh dikesan.

Rakyat juga digalakkan untuk melaporkan aktiviti yang mencurigakan di stesen minyak bagi memastikan subsidi bahan api sampai kepada penerima yang layak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik