Angkat Bakat Muda & Warisan Tekstil, Pameran REKA RONA 2026 Dibuka Hingga 31 Disember

Pameran itu memberi ruang kepada masyarakat tempatan serta pelancong antarabangsa untuk menghayati secara lebih dekat nilai seni.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Membuktikan bahawa pembangunan bakat fesyen tempatan tidak terhenti selepas berakhirnya sebuah pertunjukan pentas peragaan, Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia (PEFEM) meneruskan kesinambungan program REKA RONA 2026 menerusi pameran khas karya para pemenang di Muzium Tekstil Negara (MTN) sehingga 31 Disember 2026

Berlangsung sejak 26 Oktober lalu, pameran susulan tersebut memberi ruang kepada masyarakat tempatan serta pelancong antarabangsa untuk menghayati secara lebih dekat nilai seni, kreativiti dan kehalusan warisan tekstil Malaysia yang digarap oleh generasi pelapis industri fesyen negara.

Terdahulu, acara kemuncak REKA RONA 2026 telah diadakan dengan jayanya pada 2 Oktober lalu di Laman Wau, Kompleks Kraf, Jalan Conlay bersempena Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026, menghimpunkan kira-kira 34 koleksi rekaan daripada lapan institusi pendidikan serta tiga pereka individu.

SAYS.com

Presiden PEFEM, Bkay Nair

Image via @pefem.malaysia (Instagram)

Presiden PEFEM, Bkay Nair, menegaskan bahawa pihaknya komited memastikan bakat muda yang diketengahkan terus mendapat pengiktirafan berterusan, pendedahan industri, serta akses keusahawanan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi kreatif negara.

"Bagi PEFEM, REKA RONA bukan sekadar sebuah pertunjukan fesyen yang berakhir apabila acara selesai. Kami percaya industri fesyen bukan hanya berkisar tentang kreativiti dan estetika, tetapi juga mempunyai nilai ekonomi serta potensi keusahawanan,"
katanya.

Senarai pemenang utama karya yang dipamerkan di Muzium Tekstil Negara:

  • Anugerah Rekaan Keseluruhan Terbaik & Anugerah Bakat Muda: Akademi Fesyen GIATMARA Kuala Lumpur
  • Anugerah Kreativiti dan Inovasi: Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Anugerah Warisan Terbaik: Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad
  • Anugerah Rekaan Kontemporari Terbaik: Kolej Vokasional ERT Setapak

Dalam pada itu, sebagai kesinambungan usaha memartabatkan seni tekstil tempatan bersempena sambutan Hari Batik Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia 2026, PEFEM bakal menganjurkan program Batik Sari 2026 – Keanggunan Perpaduan Malaysia di Muzium Tekstil Negara pada 6 Disember 2026, jam 3.30 petang.

Acara yang meraikan kepelbagaian budaya dan keindahan batik canting serta blok buatan tangan itu bakal menampilkan keseluruhan 18 koleksi, merangkumi sembilan koleksi pertandingan daripada GIATMARA Muar, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Kolej Vokasional Kuala Berang dan Kolej Komuniti Batu Gajah, serta sembilan koleksi eksklusif rekaan Bkay Nair sendiri.

SAYS.com
Image via @pefem.malaysia (Instagram)
SAYS.com
Image via @pefem.malaysia (Instagram)
SAYS.com
Image via @pefem.malaysia (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS