Ada 4 Sebab Kenapa Pembedahan ‘C Section’ Semakin Menjadi Pilihan Ibu Untuk Lahirkan Anak

Bukan 'C Section' lagi berisiko ke?

Apakah itu pembedahan Caesarean?

Image via Health Bytez

Pembedahan Caesarean ini adalah satu pembedahan di mana doktor pakar akan membuat potongan pada perut dan rahim anda untuk mengeluarkan bayi anda. Pembedahan ini juga dikenali sebagai C section. Pembedahan ini merupakan salah satu pembedahan yang besar dalam kalangan wanita.

babycenter.com.my

Baru-baru ini, melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean telah menjadi satu trend dalam kalangan ibu mengandung. Kenapa ya? Mari kami terangkan sebab kenapa Caeserean ini menjadi pilihan ibu zaman kini!

1. Peningkatan usia ibu mengandung menjadi pengaruh

Image via Time

Zaman kini, ramai wanita yang mengambil keputusan untuk berkahwin lewat. Bagi mereka, perkahwinan adalah satu perkara yang serius dan mereka memerlukan masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Bagi ibu mengandung, umur memainkan peranan yang paling besar. Semakin meningkat usia wanita, semakin kurang fleksibiliti tulang pelvik mereka. Bukan saja itu, tetapi serviks juga merupakan peranan yang penting dalam melahirkan anak. Oleh sebab itu, waktu kelahiran akan mengambil masa yang lama dan ini akan menyukarkan ibu dan juga bayi mereka.

2. Berat badan ibu mengandung mempengaruhi proses bersalin

Image via Imageshack

Antara salah satu faktor berat badan ibu zaman kini kian meningkat adalah kerana usia mereka. Selain itu juga, gaya hidup yang berbeza mempengaruhi pengambilan makanan sekali gus menganggu diet mereka. Oleh kerana berat badan yang meningkat, ini akan menimbulkan komplikasi dan melambatkan proses bersalin. Langkah utama yang harus dilakukan ibu hamil untuk menjaga berat badan adalah untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak tinggi. Contohnya seperti makanan yang bergoreng dan minuman yang bergula.

3. Ramai ibu hamil di usia ini yang mengidap penyakit Diabetes

Oleh kerana kadar peningkatan usia dan perubahan gaya hidup, ramai ibu mengandung yang mengidap penyakit diabetes ini. Tambahan lagi, ramai ibu mengandung yang tidak sedar bahawa mereka adalah pesakit Diabetes sehinggalah mereka melalui ujian darah.

Menurut Dr Khoo Yoong Khean, diabetes bermula apabila ibu disahkan mengandung dikenali sebagai Gestational Diabetes. Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. Hasil daripada itu, paras gula di dalam darah meningkat. Kebiasaannya, keadaan Gestational Diabetes ini terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan.

"Keadaan Gestational Diabetes ini kerap berlaku. Kadar kebiasaannya, dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan menghidapi penyakit ini. Dalam erti kata lain, hanya 18% wanita mengandung akan ‘dihantui’ dengan masalah ini," katanya lagi.

Kebanyakan ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan tetapi terdapat segelintir kes Diabetes ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika Diabetes tidak dikesan dan dirawat lebih awal.

4. Size bayi kini lebih besar berbanding dulu

Image via Hopskin

Oleh kerana saiz bayi yang besar, para ibu tidak berani untuk melahirkan bayi secara normal. Ini kerana, ianya akan mempengaruhi proses bersalin dan para ibu tidak mahu mengambil risiko dan membahayakan keadaan bayi mereka. Bukan saja itu, ianya dapat mencederakan bayi serta membawa komplikasi kepada bayi untuk bernafas semasa dilahirkan. Sebab itu, penjagaan makanan dan diet yang sihat amat penting bagi ibu yang sedang hamil. Ini untuk memudahkan proses bersalin dan menjamin kesihatan diri mereka dan juga bayi.

Ada tak antara anda ibu-ibu yang pernah mengalami pengalaman Caesarean sebelum ini? Jika ya, kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment