Ayah Tak Berhenti Menangis Sebaik Sahaja Lihat Anak Konvo Ini Buat Ramai Turut Sebak
Hmm, rindu.
Bagi anak perempuan, lelaki pertama yang hadir dalam hidupnya adalah seorang ayah
Luaran nampak tegas tetapi tegasnya itu adalah untuk mendidik. Lebih-lebih lagi anak perempuan yang harus dia teliti supaya maruah dan kehormatannya sentiasa dijaga.
Walaupun perwatakan seorang ayah kelihatan tegas, tetapi dialah seorang insan yang mudah tersentuh perihal anak-anak.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial apabila seorang gadis kelihatan baru sahaja selesai majlis konvokesyen. Namun, reaksi si ayah yang tak berhenti menangis sebaik sahaja melihat anaknya itu telah menyentuh hati orang ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah mula sebak dan tak berhenti menangis
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @sy4fm, kelihatan dia berkongsi momen bersama ayahnya ketika majlis konvokesyen.
Difahamkan,sebaik saja si ayah melihat dirinya, si ayah terus menangis dek kerana sebak melihat anaknya. Malah, dia juga cuba menenangkan ayahnya, namun si ayah tetap tidak berhenti menangis.
Melihat kepada situasi itu membuatkan ramai warganet turut berasa sebak. Sebaknya si ayah itu menandakan dia berasa bangga melihat pencapaian anaknya.
"Hopefully dapat banggakan mak ayah macam ni jugak. Tak sabar nak habis degree" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 478.3K views, 87.1K likes dan 1,049 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sebak dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!