seismik

Badan 'Tidur' Buat Seketika Semasa Memandu. Anda Mungkin Mengalami Microsleep

Lebih-lebih lagi jika anda memandu pada waktu malam, mesti pernah 'terlelap'.

Cover image via Auto Trader

Apabila anda memandu pada waktu malam, pernah tak anda terlelap buat seketika walaupun 5 saat? Akibat jalan yang terlalu lurus dan gelap membuatkan anda mengantuk.

Kejadian seperti ini telah menyebabkan kemalangan jalanraya yang begitu mengerikan contohnya kereta hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan atau kereta lain. Lebih-lebih lagi jika anda memandu secara laju dan mengantuk.

Pernahkah anda tahu bahawa anda mungkin mengalami Microsleep?

Jika anda ingin tahu dengan lebih apa itu Microsleep, baca perkongsian oleh seorang lelaki di laman Twitter ini:

Microsleep merupakan satu keadaan di mana badan anda 'tidur' buat seketika. Ramai yang pernah mengalami situasi seperti ini.

Tempoh Microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat dan pada ketika itu, deria pendengaran dan penglihatan anda tidak dapat diproses oleh otak

Malahan, ada juga yang berpendapat jika memandu secara laju dapat mengurangkan rasa mengantuk kerana kesan Adrenaline yang meningkat upaya

Apakah itu kesan fight or flight dan apa pula yang akan berlaku jika kesan itu sudah berakhir?

Tips berguna untuk co-driver pula adalah sangat mudah sebenarnya. Sentiasa bersembang dengan pemandu untuk mengelakkan pemandu berasa bosan dan mengantuk.

Dah nak balik Raya ni, hati-hati ketika memandu ya! Ingat, kalau mengantuk berhenti di mana-mana tempat yang selamat dan tidur buat seketika.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkara yang patut dan tidak patut anda lakukan jika mengalami kemalangan:

You may be interested in: