Bandar MADANI Bukit Jalil Kini Dibuka, Ikuti 8 Langkah Mudah Ini Untuk Memohon

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika pembentangan Belanjawan 2027.

Cover ImageCover image via PR1MA & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang ramai yang berminat untuk mendaftar bagi projek Bandar MADANI Bukit Jalil kini boleh mula membuat permohonan menerusi laman web rasmi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bermula 12 Oktober 2026

SAYS.com
Image via PR1MA

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika pembentangan Belanjawan 2027.

Apa yang menariknya, projek kediaman terancang berkenaan bakal dilengkapi pelbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan penduduk, termasuk Sekolah Vertikal, klinik kesihatan, laluan pejalan kaki dan taman rekreasi.

Cadangan pembangunan bandar itu oleh PR1MA turut mendapat perakuan menerusi Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).

Cara daftar Bandar MADANI Bukit Jalil:

  1. Layari laman web www.pr1ma.my
  2. Klik ikon profil di bahagian kanan atas laman web
  3. Log masuk ke akaun sedia ada atau cipta akaun baharu
  4. Lengkapkan proses pendaftaran untuk mendapatkan nombor rujukan PR1MA
  5. Klik menu Property dan pilih Central
  6. Cari dan pilih projek Bandar MADANI Bukit Jalil
  7. Klik View Info, kemudian tekan Submit
  8. E-mel pengesahan akan dihantar selepas permohonan berjaya dihantar

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian 03-7628 9898.

Walau bagaimanapun, pendaftaran ini merupakan langkah permohonan awal. Orang ramai disarankan menyemak maklumat projek serta syarat yang ditetapkan menerusi portal rasmi PR1MA sebelum menghantar permohonan.

Lihat posting di bawah:

SAYS.com
Image via PR1MA Homes (Facebook)
SAYS.com
Image via PR1MA Homes (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: