Rakyat Malaysia Boleh Naiki Feri Pulau Pinang Secara Percuma Sempena Hari Deepavali Ini
Inisiatif itu melibatkan perjalanan dari kedua-dua terminal feri iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di George Town.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), mengumumkan perkhidmatan feri percuma kepada warganegara Malaysia bersempena dengan perayaan Deepavali, 8 November
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata, inisiatif itu melibatkan perjalanan dari kedua-dua terminal feri iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di George Town.
"Perkhidmatan percuma ini akan beroperasi mengikut jadual feri terkini dan orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, bagi memastikan kelancaran perjalanan serta merujuk jadual feri terkini menerusi laman sesawang serta media sosial rasmi SPPP dan PPSB," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata inisiatif itu, mencerminkan komitmen berterusan SPPP dan PPSB dalam memudahkan pergerakan rakyat, khususnya ketika musim perayaan, selain membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang.

Gambar sekadar hiasan.
Image via MMC Port7,780 penumpang pejalan kaki dan 1,518 kenderaan dua roda telah menggunakan perkhidmatan feri pada hari Deepavali 2025
Berdasarkan statistik perkhidmatan feri yang melibatkan perjalanan dua hala bersempena dengan sambutan Deepavali tahun lepas, Yeoh memaklumkan 7,780 penumpang pejalan kaki dan 1,518 kenderaan dua roda telah menggunakan perkhidmatan feri itu.
"Perkhidmatan feri Pulau Pinang tahun ini turut mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan bagi tempoh Januari hingga September lepas, dengan jumlah pengguna telah meningkat 5.61 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2025," katanya.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via