Bank-Bank Malaysia Perkenal Sistem Amaran Baharu Hentikan Pengguna Daripada Terkena ‘Scam’

Ia melibatkan ciri menangguhkan pemindahan yang mencurigakan berlaku sebelum ia dilaksanakan.

Cover ImageCover image via RNZ & NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bank-bank di Malaysia sedang dalam usaha memperkenalkan sistem amaran penipuan yang direka bentuk mengesan risiko 'scammer' sejurus sebelum sesuatu transaksi diselesaikan

Menerusi laporan New Straits Times, inisiatif ini bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara kemudahan pengguna dan perlindungan terhadap penipuan digital.

Semasa berucap di persidangan mengenai jenayah kewangan pada Selasa, 6 Oktober, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengumumkan bahawa satu ujian yang melibatkan bank-bank terpilih disasarkan untuk dilaksanakan pada separuh pertama tahun 2027, sebelum pelaksanaan yang lebih meluas.

"Amaran ini akan mendorong pelanggan untuk berhenti seketika, berfikir, dan membuat pengesahan sebelum meneruskan transaksi," katanya.

SAYS.com

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Image via New Straits Times / Bernama

Langkah kawalan tambahan ini bertujuan membendung cubaan penipuan yang melibatkan nilai berbilion ringgit

Penipuan digital kekal sebagai masalah global yang besar, namun langkah-langkah pencegahan tempatan telah menunjukkan keberkesanannya.

Sektor kewangan Malaysia telah berjaya menghalang cubaan transaksi penipuan bernilai kira-kira RM1.9 bilion, mengatasi jumlah RM1.2 bilion yang berjaya dihalang pada tahun 2025.

PayNet, sebagai tulang belakang sistem pembayaran digital, juga telah mengenal pasti lebih daripada 1,600 akaun mencurigakan setakat ini, dengan banyak daripadanya dinilai berisiko dikaitkan dengan aktiviti akaun keldai.

Abdul Rasheed mengakui bahawa sistem amaran penipuan yang dirancang itu mungkin mewujudkan 'sedikit kesulitan tambahan bagi pelanggan', namun tetap menegaskan bahawa langkah tersebut perlu dilaksanakan.

"Walau bagaimanapun, langkah-langkah ini penting bagi mencapai keseimbangan yang sewajarnya antara menawarkan kemudahan dan melindungi pelanggan daripada penipuan, khususnya penipuan yang melibatkan pengesahan oleh mangsa sendiri (authorised scams)," tegas beliau.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: