seismik

Mulakan Tabiat Baru Dengan Gunakan 5 Barang Mesra Alam Ini. Jom Selamatkan Bumi Tercinta!

Sama-sama berganding bahu untuk bumi yang lebih baik.

Cover image via @thedharmadooreu (Instagram) , iStock , @just.as.skin (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh Breeze.

Anda mesti tidak tahu kan yang sebenarnya banyak je benda yang boleh ditukar untuk menjadikan bumi ini lebih bersih dan kurang sampah?

Bukan sahaja memudahkan tetapi sebenarnya lagi jimat tau sebab anda boleh guna balik beberapa kali. Ada barang yang anda pun tak tahu ada alternatif yang lebih eco-friendly. Nak tau apa dia? Jom lihat di bawah!

1. Guna mug stainless steel! Tak perlu guna cawan pakai buang

Gambar sekadar hiasan.

Image via Camelbak

Cawan pakai buang yang anda guna selalu tu mengambil masa sehingga berpuluh tahun untuk dilupuskan. Kalau sehari anda minum 2,3 kali, bayangkan kalau sebulan?

Adalah lebih baik kalau anda gunakan mug stainless steel eco-friendly ni! Lagi mudah, terus je berikan mug anda kalau beli kopi tu. Ada sesetengah tempat korang boleh dapat potongan harga juga tau!

2. Beli baju Preloved daripada beli baju baru

Gambar sekadar hiasan.

Image via Facebook

Baju preloved ni tak semestinya baju yang dah dipakai tau. Ramai yang jual balik baju yang mereka beli tapi tidak pernah pakai atau rasa tak sesuai dengan mereka. Jadi anda akan dapat baju baru dengan harga yang lebih murah!

3. Bag bungkusan plastik kepada string bag atau mesh bag

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pinterest

Kalau selama ni untuk bawang atau sayur-sayuran yang nak ditimbang anda letak dalam beg plastik kan? Sekarang ada alternatif lain untuk anda, boleh guna string bag ni!

Bila nak pergi beli barang basah tu bawa je, bila sampai rumah dah tak serabut lah banyak sangat plastik yang ada.

4. Kapas Muka (Facial Pads)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sustainable MNL (Facebook)

Asyik kena beli je kapas muka ni. Pakai satu tak cukup, kena pakai 2,3 kali! Ha lebih elok kalau anda tukar kepada kapas muka versi kain ni.

Ia menggunakan kain kapas yang lembut jadi muka anda tidak sakit! Lagi best sebab lepas anda guna, anda boleh terus basuh dengan air atau boleh juga masuk je dalam mesin basuh. Senang dan jimat!

5. Cecair pencuci baju

Mesti anda pelik kan? Cecair pencuci eco-friendly tu macam mana? Kalau anda nak tahu, ada sesetengah pengeluar cecair pencuci menggunakan bahan dan juga botol yang boleh dikitar semula. Jangan risau sebab dekat Malaysia pun ada cecair pencuci macam ni!

Anda boleh cuba cecair pencuci Breeze baru ini dengan 99% perlindungan daripada bakteria

Image via Breeze Malaysia

Kalau anda tak tahu nak beli dekat mana semua benda ni, anda boleh mulakan dengan beli liquid detergent dari Breeze ni. Formulasi terbaru mereka yang berasaskan tumbuhan ni ada penambahan Triple Boost Technology tau!

Triple Boost Technology ni adalah untuk membersih dengan lebih pantas, anti bau busuk (Anti Malodor) dan juga bau yang lebih segar!

Bukan sahaja berasaskan tumbuhan tetapi cecair pencuci Breeze ni juga mempunyai bahan asli!

Botol pencuci Breeze ni boleh 100% dikitar semula

Image via OH BULAN!

Paling best sebab botol cecair pencuci ni anda boleh kitar semula! Boleh la gunakan untuk kegunaan lain pulak kan? Nak potong jadikan pasu bunga ke atau lain-lain kraf, semua pun boleh.

Kalau taknak guna semula, anda boleh kitar semula jugak! Lagi mudah kan? Mana tahu hasil kitar semula botol tersebut boleh diolah untuk jadi barangan lain pula?

Ada beberapa pilihan yang korang boleh pilih ikut kesukaan anda!

Tapi dalam banyak-banyak tu, ini merupakan antara favourite ramai.

Untuk pembasuhan yang lebih power!

Cecair pencuci untuk penjagaan warna agar tidak kusam

Untuk peminat bauan yang lebih mewah!

Image via Breeze Malaysia

Breeze dengan bauan Comfort yang lebih menyegarkan!

Selain itu ada juga Breeze Anti-bacterial & Colour Protect , Goodbye Musty & Gentle on Skin yang anda boleh cuba!

Image via Breeze Malaysia

Dah la banyak pilihan, anti bau busuk, bau wangi semerbak, boleh kitar semula pula tu. Memang lebih banyak sebab untuk memilih Breeze sebagai produk pilihan anda ni!

Pek Refill Breeze ni juga guna 80% kurang plastik

Image via ohbulan.com

Kalau anda nak beli pek refill pun boleh. Jangan risau ia masih lagi eco-friendly!

Pek refill Breeze ni menggunakan 80% kurang plastik. Dan yang paling best, pek baru ni lagi besar jadi anda boleh jimat lebih kan? Sekarang ada promo tau, pek refill ni hanya RM17.50 je!

Anda juga boleh dapat baucar Shopee bernilai RM8 tau bila beli produk Breeze ni tau! Hanya klik link ini dan isi butiran anda! Nak checkout nanti dah boleh guna. Terhad kepada 600 orang pengguna dan anda boleh redeem dari 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2021.

Dapatkan produk Breeze ni di kedai berhampiran atau di Shopee hari ini. Jangan lupa untuk kitar semula tau!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik