seismik

Bateriku.com Bawakan Acara Khas 'MotorManiac Encore Edition' Buat Para Peminat Kereta

Terdapat sejumlah 450 kereta daripada JDM, MDM, Continental, Concept Cars sehinggalah Supercars bakal dipamerkan buat pengunjung.

Cover image via Motormaniac by Bateriku.com

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita baik buat para peminat tegar kereta di tanah air!

MotorManiac kini kembali dengan Encore Edition yang dibawakan oleh Bateriku.com, acara tahunan petrolhead yang ditunggu-tunggu ramai.

Jika anda peminat acara kereta atau otomotif, acara 2 hari ini dianjurkan khusus untuk anda yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini di pusat beli-belah MYTOWN, Kuala Lumpur.

MotorManiac akan menganjurkan acara MotorManiac Encore Edition di Tingkat 7 tempat letak kereta MYTOWN, KL pada hujung minggu ini dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Dianggarkan 40,000 pengunjung akan hadir ke acara tersebut. Malah, terdapat sejumlah 450 kereta daripada JDM, MDM, Continental, Concept Cars sehinggalah Supercars yang bakal dipamerkan buat pengunjung.

Pengunjung juga akan berpeluang untuk menyaksikan pelancaran khas kereta projek pertama MotorManiac iaitu Nissan Cefiro A31. Projek MotorManiac A31 telah dimulai sejak 2 tahun lalu dan pengunjung bakal menyaksikan kereta berusia 35 tahun itu dipamerkan dengan modifikasi serta wajah yang baru.

Image via Utusan Malaysia

Berpegang teguh pada motonya iaitu MADE BY ENTHUSIASTS, FOR ENTHUSIASTS, PROJECT A31 adalah simbol keazaman MotorManiac yang tidak pernah berputus asa dalam apapun bagi melahirkan semula kenderaan tersebut di atas jalan raya.

Diilhamkan oleh pepatah, "Bukan apa yang anda beli, tetapi apa yang anda bina yang benar-benar penting", alat ganti untuk PROJEK A31 telah diperoleh dari Thailand, Jepun dan Amerika Syarikat sementara pemasangan semula dan pembinaan semula dilakukan secara oleh pasukan muda MOTORMANIAC dan dibimbing oleh pakar industri dan pakar di seluruh negara.

Acara MotorManiac dianjurkan oleh Bateriku.com dan turut disokong oleh Kementerian Belia & Sukan serta Kementerian Pelancongan Malaysia manakala Rakan Kongsi Utama ialah ASTRA, MYTOWN, UVR dan RETROHAVOC.

Penghargaan buat penaja utama - SUPER SUNDAY, ASDF, HAUSBOOM; penaja lain – ALLIANZ, ABSTRAX, WAHDAH, MANNOL, BREMBO by EMERALD, KALOOT dan THE FLATSCHOOL PROJECT.

Ucapan terima kasih khas juga ditujukan kepada 41 penyokong jenama dan Rakan Kongsi Media Antarabangsa untuk acara ini: CARCULT serta Rakan Media Rasmi MotorManiac: SAYS SEISMIK.

Dapatkan tiket dengan berharga RM10.00 sehari. Anda boleh mendapatkan tiket anda hari ini di sini: https://bateriku.com/ticketing/events

Menurut The Don of MotorManiac, Mike Faizi, selain barisan kereta yang dipamerkan, kali ini, pihaknya juga telah menyediakan kawasan 'KERETA UNTUK DIJUAL' dengan sejumlah 16 kereta terpilih yang boleh dibeli semasa acara tersebut.

“Sebagai peminat kereta sendiri, kami komited untuk mengeluarkan barisan kereta, pertandingan dan aktiviti terbaik khas bagi budaya petrolhead yang semakin meningkat di Malaysia. Kami telah menyertakan elemen Penghargaan kepada pempamer kereta melalui Anugerah seperti 'Best Fitment', 'Best Engine Bay', 'Best Classic Car', dan 'Best Concept Car' antaranya.

“Kami juga teruja untuk mengumumkan kembalinya Pertandingan Car Limbo & 2-Step yang juga meruapakan kegemaran orang ramai, yang juga terkenal dalam acara tahunan pertama MotorManiac tahun lepas. Bukan itu sahaja, pada tahun ini, MotorManiac akan menyelitkan program dan aktiviti gaya hidup daripada BBOY (Breakdance) menegak, BMX (Basikal) menegak dan Hotwheels (Miniatures) juga.

“Dalam pada itu, memahami keadaan ekonomi semasa yang semakin pulih, kami telah menjadikan acara ini sebagai “RAHMAH” yang mungkin untuk pemilik kereta mempamerkan kereta mereka dan untuk dihadiri pengunjung.

"Acara selama 2 hari ini mengalu-alukan pengunjung dari semua lapisan masyarakat bukan sahaja dengan aktivitinya tetapi juga dengan pelbagai usahawan makanan dan minuman yang akan datang menyediakan trak makanan mereka sepanjang acara itu," kongsinya.

Jom memeriahkan lagi MotorManiac Encore Edition di MYTOWN, KL pada hujung minggu ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: