seismik

#BelanjawanSelangor2021: Insentif Bonus Setengah Bulan Buat Penjawat Awam

Insentif itu dibayar pada 29 Disember 2020.

Cover image via Selangor TV (YouTube)

Berita baik buat penjawat awam di Selangor hari ini, apabila kerajaan negeri bersetuju untuk membayar insentif setengah bulan untuk Gred 54 dan ke bawah di bawah Bantuan Kewangan Khas (BKK) kedua pada akhir Disember

Sebagai perbandingan, insentif akhir tahun pada tahun lalu adalah antara RM500 hingga dua bulan gaji sementara tahun sebelumnya dibayar bonus sebulan.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengatakan bahawa insentif RM1,000 telah dibayar semasa BKK pertama pada bulan Jun.

Insentif terakhir bagi tahun ini dianggarkan berjumlah RM16.5 juta yang akan dibayar pada 29 Disember.

Image via Selangor TV

Selangor memperuntukkan belanjawan sebanyak RM2.323 bilion untuk negeri itu bagi tahun 2021

Belanjawan 2021 untuk Selangor sedikit lebih rendah berbanding RM2.333 bilion tahun sebelumnya dan jauh lebih rendah daripada RM2.56 bilion untuk Belanjawan 2019.

Anggaran defisit adalah RM123 juta, turun dari RM133 juta untuk tahun 2020.

"Kerajaan Negeri juga sentiasa berjaya mengurangkan defisit sejak tiga belanjawan lalu kepada satu jumlah yang munasabah menerusi usaha-usaha perbelanjaan berhemah, budaya kerja cekap dan berintegriti," katanya.

Untuk tahun 2021, sumber pendapatan utama negeri dijangka seperti berikut:

  • Premium tanah - RM1.03 bilion (46.98 peratus daripada keseluruhan pendapatan).
  • Cukai tanah - RM545.84 juta (24.81 peratus)
  • Pemberian kerajaan persekutuan - RM206.85 juta (9.40 peratus)
Ikuti pembentangan penuh Belanjawan Selangor 2021 oleh Amirudin di bawah:

Sementara itu, Amirudin mengumumkan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Enakmen Lembaga Pengurusan Air Selangor (LUAS) 1999 akan untuk meningkatkan bayaran denda bagi kesalahan pencemaran sumber air dari RM500,000 kepada RM1 juta

RUU itu dijangka akan dibentangkan semasa persidangan dewan undangan negeri Selangor yang sedang bersidang.

Amirudin berkata, Selangor juga merancang untuk mengumpulkan air mentah dari Sungai Rasau untuk mengurangkan pergantungan kepada Sungai Selangor, di mana pencemaran yang kerap menyebabkan gangguan bekalan air.

Katanya, pasukan khas juga akan ditubuhkan untuk memantau pencemaran air Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang sepanjang masa.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: