#Belanjawan2027: Pelan MediAsas Dilancar Januari 2027, Premium Mampu Milik Untuk Rakyat

Ahli KWSP berusia bawah 55 tahun dibenarkan membayar premium menggunakan Akaun Sejahtera.

Cover ImageCover image via RTM Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan akan melancarkan Pelan MediAsas mulai Januari 2027 pada harga mampu milik bagi membantu rakyat mengawal kos rawatan hospital berdasarkan jenis diagnosis dan rawatan

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli KWSP berusia bawah 55 tahun dibenarkan membayar premium menggunakan Akaun Sejahtera.

Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai kurang 75 pekerja, kerajaan akan menyubsidi premium tahun pertama sebanyak RM200 bagi setiap pekerja, terhad kepada 50 pekerja setiap syarikat. Inisiatif itu dijangka memanfaatkan sehingga 200,000 pekerja.

Bagi meningkatkan ketelusan kos rawatan swasta, rekod perubatan elektronik berasaskan prinsip satu individu, satu rekod akan diperluas.

Mulai 2027, bil hospital swasta menggunakan kategori caj seragam, manakala portal e-CKAPS membolehkan urusan pelesenan fasiliti kesihatan swasta dilakukan sepenuhnya dalam talian dengan sasaran mengurangkan tempoh pemprosesan sehingga 65 peratus.

Bantuan kesihatan golongan memerlukan

Kerajaan turut memperkukuh bantuan kesihatan menerusi peningkatan Dana Tabung Bantuan Perubatan kepada RM60 juta berbanding RM40 juta sebelum ini.

Penerima STR dan pasangan berusia 40 tahun ke atas akan menerima saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan serta insentif rawatan kanser melalui PeKa B40 dengan peruntukan RM80 juta.

Skim MySalam juga diteruskan pada 2027 selepas memanfaatkan 1.6 juta rakyat dengan jumlah tuntutan RM1.3 bilion sejak diperkenalkan.

Selain itu, program BuAi menawarkan rawatan kesuburan mampu milik kepada 2,000 pasangan dan perkhidmatan kesejahteraan lelaki kepada 42,000 individu.

Saringan talasemia percuma turut diperluas kepada suami dan anak kepada individu pembawa bagi mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan talasemia major.

Inisiatif tersebut bertujuan memastikan rakyat mendapat akses kepada rawatan kesihatan yang lebih mampu milik, telus dan menyeluruh.

Follow SAYS on Instagram, Facebook, and TikTok for updates!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: