#Belanjawan2027: Penangguhan Bayaran Balik Kepada Peminjam PTPTN Bergaji Bawah RM2,500 Sebulan
Langkah itu dijangka memanfaatkan lebih 400,000 peminjam PTPTN.
Cover image via RTM MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan mulai 2027

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi peminjam yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan pula, bayaran balik minimum hanya RM50 akan dikenakan.
Langkah itu dijangka memanfaatkan lebih 400,000 peminjam PTPTN, sekali gus membantu meringankan beban kewangan mereka.
Selain itu, peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur akan diberikan diskaun sebanyak 10 peratus
Kerajaan turut bersetuju memberikan potongan cukai kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja.
Insentif berkenaan meliputi bayaran balik yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028.
Follow SAYS on Instagram, Facebook, and TikTok for updates!


