seismik

Beras Jati Cipta Rekod Hasilkan 3 Tan Beras Untuk Disumbangkan Sempena Ulang Tahun Ke-30

Keseluruhan daripada 3 tan guni beras itu bakal disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.

Cover image via Jati (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Jati.

Jenama beras terkemuka Jati, baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-30 mereka. Haa.. Siapa tak tahu beras Jati kan?

Jenama beras ini dah sinonim sangat dengan kita orang Malaysia yang wajib makan nasi hari-hari.

Bagi meraikan ulang tahun ke-30 ini, Jati telah mengadakan majlis sambutan ulang tahun di Lot 10, Kuala Lumpur. Ada macam-macam aktiviti dengan 303 set hadiah disediakan. Fuh meriah!

Image via Jati (Facebook)

Catat nama dalam Malaysia Book of Records, 3 tan beras akan disalurkan kepada golongan memerlukan

Paling manis sekali bersempena sambutan ulang tahun tersebut, Jati telah melakar sejarah apabila berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records dengan menghasilkan guni beras terberat di Malaysia seberat 3 tan sekali gus mengatasi rekod terdahulu iaitu 1.501 tan.

Keseluruhan daripada 3 tan guni beras itu bakal disumbangkan kepada golongan yang memerlukan seperti rumah kebajikan anak yatim dan pusat penjagaan warga emas.

Pengurus Besar Serba Wangi Sdn. Bhd., Encik Chua Keng Jin menyifatkan kejayaan yang dikecapi Jati ini adalah hasil sokongan para pelanggan yang berada diseluruh negara. 

Tambahnya lagi, beliau dan seluruh kakitangan sangat berbangga untuk menerima penghormatan dan pengiktirafan yang dianugerahkan buat Jati.

Tangkap & Menang, ada 303 set hadiah disediakan!

Image via Jati (Facebook)

Bukan sikit-sikit hadiah disediakan tapi ada 303 set menanti pemenang bertuah! Macam mana nak menang? Mudah je geng, anda hanya perlu bergambar bersama paparan arca hidangan Jati di hadapan Lot 10.

Kemudian muat naik gambar tersebut ke laman Facebook dan Instagram anda dan tag #jati30tahun #peraduanjati30 #tangkapdanmenang #jatimalaysia.

Pemenang bertuah bakal diumumkan melalui laman Facebook serta Instagram Jati Malaysia pada 6 Jun 2023.

Antara hadiah yang menanti anda adalah Thermos 003040, Thermos KLN1600XSBK, Thermos ML203081 dan kredit Touch ‘n Go Bernilai RM10 lagi!

Ada banyak lagi acara dan promosi istimewa di Lot 10

Image via Jati (Facebook)

Jom ramai-ramai ke Lot 10 sebab anda boleh rasai sendiri pengalaman stesen yang mengetengahkan pelbagai produk Jati.

Jangan lupa untuk bawa anak-anak sekali kerana ada pertunjukan badut pada 16, 20 dan 21 Mei! Mesti si anak-anak anda gembira habislah dapat tengok pertunjukan badut, silap-silap yang dewasa pun sama teruja juga.

Selain itu, anda juga boleh nikmati penjimatan hebat melalui promosi Jati Pusa Finest Basmathi 1121 yang dijual pada harga RM3 untuk 1 pek 300 gram! Jimat gila!

Image via Jati (Facebook)

Ataupun anda juga boleh dapatkan 1 pek Jati Pusa Finest Basmathi 1121 300gm pada harga RM1 sahaja dengan setiap pembelian produk Jati bernilai RM10 dan keatas dalam satu resit.

Sementara untuk pembelian RM50 keatas pula layak untuk mendapat 2 pek Jati Pusa Finest Basmathi 1121 300gm secara percuma. Fuhh.. Rugilah kalau anda tak manfaatkan peluang ini untuk borong produk Jati geng sebab tengah promo habis-habisan ini!

Jadi suka untuk kami ingatkan sekali lagi, jangan lupa untuk beramai-ramai ke Lot 10 pada 16 hingga 29 Mei ini bagi menikmati pelbagai promosi produk Jati dan sertai acara menarik yang dijalankan secara indoor juga outdoor.

Image via Jati (Facebook)

P/s: Aktiviti untuk indoor hanya akan berlangsung sehingga 22 sahaja, sementara aktiviti outdoor seperti paparan arca hidangan Jati, 'Tangkap & Menang' dan sebagainya bakal berakhir pada 29 Mei.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai promosi terkini produk Jati, anda boleh layari Facebook serta Instagram Jati Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik