68,177 Rakyat Malaysia Hilang Kerja Sejak Januari Tahun Ini – Menteri Ekonomi

Kehilangan kerja kini 30% lebih tinggi daripada tahun lepas pada waktu yang sama.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jumlah warga Malaysia yang kehilangan kerja mereka kini semakin meningkat

Dilaporkan oleh New Straits Times, sebanyak 68,177 pekerja telah kehilangan kerja mereka sejak Januari hingga 16 September 2026.

Menurut Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengatakan jumlah ini adalah 15,196 lebih tinggi berbanding masa yang masa tahun lepas sekaligus menjadikan ia 30% lebih tinggi jumlah tahun 2025.

Akmal mengatakan statistik ini telah didapati daripada mesyuarat bersama Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 18 September lepas.

Jumlah terkini ini adalah dua bulan selepas Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berkongsi data 52,607 pekerja telah mendapatkan Faedah Pengangguran pada 16 Julai.

Ini bermakna, 15,570 pekerjaan telah hilang dan dilaporkan secara rasmi diantara 17 Julai hingga 16 September.

Walaubagaimanapun, jumlah ini tidak memberikan gambaran skala sebenar kehilangan pekerjaan di Malaysia. Ia hanya menunjukkan pekerja yang di dalam Skim Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO sahaja.

SAYS.com

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Image via BERNAMA

Kerajaan menekankan situasi ini tidak lagi bersifat sementara

Akmal mengatakan perkara ini tidak lagi dianggap sebagai kejutan ekonomi yang sementara.

"Perkembangan ini menunukkan bahawa campur tangan kerajaan bukan lagi sekadar memberikan sokongan sementara kepada pekerja yang terjejas, tetapi membantu mereka mendapatkan pekerjaaan baharu untuk kembali bekerja," katanya.

Beliau menambah Malaysia kekal dengan pasaran pekerja yang stabil dengan kadar pengangguran sebanyak 3% sejak Julai.

PERKESO setakat ini telah meletakkan 143,653 dalam pekerjaan sejak Januari hingga 11 September di bawah SIP dan portal MYFutureJobs.

SAYS.com
Image via Chris Mouyiaris/Robert Harding Heritage/AFP Image via

Akmal mengatakan statistik ini menunjukkan campur tangan kerajaan bukan sahaja terhad kepada bantuan kewangan sahaja tetapi untuk memastikan mereka kembali mendapat pekerjaan.

Di samping itu, pasaran pekerja Malaysia kini menghadapi tekanan apabila harga penggunaan tenaga yang kian meningkat.

Kos tenaga lebih tinggi boleh menyebabkan kos operasi dan keperluan pekerja memberi tekanan lebih kepada syarikat.

Malaysia kini sedang menjadi penyelesaian jangka masa panjang untuk memastikan Malaysia tidak terlalu terkesan dengan kejutan bekalan global.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: