Bakat Penyanyi Cilik Sarawak Diiktiraf, Layak Ke Uji Bakat ‘Britain’s Got Talent’ – “Hebat!”

Baru berumur 12 tahun, tetapi dengan bakat besar yang banyak mengharumkan nama negara.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Taylor Louise sekali lagi bakal membawa suaranya dari Sarawak ke London

Penyanyi berumur 12 tahun ini, telah dijemput untuk hadir ke sesi uji bakat untuk Britain's Got Talent (BGT) di London pada 5 September ini. Dia berharap dirinya bakal menjadi pilihan untuk pusingan seterusnya.

Bermula dengan sesi open mic dan busking, dia kini berjaya merealisasikan persembahan di teater musik Dreamweaver the Musical pada tahun 2025.

Perlu diingatkan pusingan ini bukan Uji Bakat bersama hakim BGT.

Menurut Taylor, uji bakat ini hanya langkah pertama, kerana dia masih perlu menarik hati pasukan BGT untuk peluang mendapatkan tempat untuk melakukan persembahan di hadapan hakim BGT.

"Adakah saya akan sampai ke sana? Adakah saya akan ke pusingan seterusnya? Saya tak tahu… tapi saya mahu cuba," katanya di Instagram.

SAYS.com

Hadiah kemenangan selepas persembahan di Paris's Studio Opéra Bastille.

Image via Sarawak Tribune

Taylor mohon sokongan Kerajaan Sarawak dan orang ramai

Dengan berbaki 23 hari sahaja lagi, Taylor mengatakan perjalananan dari Sarawak ke London memerlukan komitmen yang sangat tinggi buat keluarganya.

Perkara ini menjadi lebih sukar apabila Taylor baru sahaja pulang dari New York di mana dia telah mewakili Malaysia ke New York International Golden Classical Music Awards dan melakukan persembahan di Weill Recital Hall di Carnegie Hall pada Julai lepas.

SAYS.com

Persembahan di Carnegie's Weill Recital Hall.

Image via Borneo Post

Dia telah memenangi tempat pertama dan mendapat hadiah istimewa Excellent Young Talent dalam kategori vokal 10-12 tahun.

Kini dia berharap dapat membuat satu lagi perjalanan antarabangsa ke salah satu acara menunjukkan bakat paling besar di UK.

Ini adalah bukan pertama kali dia melakukan persembahan di acara antarabangsa.

Tahun lepas, dia telah menjadi warga Sarawak pertama untuk memenangi kategorinya di Asia Students Arts Festival sebelum meneruskan persembahan di Britten Theatre, Royal College of Music, London.

Taylor berharap semua rakyat Malaysia untuk membantu atau menyokong karier nyanyiannya ke tahap yang lebih tinggi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: