#Belanjawan2027: STR SARA Dinaikkan Kepada RM150 Sebulan Atau Sehingga RM1,800 Setahun
Naik RM1 bilion berbanding tahun lepas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan STR SARA 2027 akan ditingkatkan kepada RM16 bilion
Anwar mengumumkan semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) SARA 2027 akan dinaikkan kepada RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.
Penerima akan menerima STR SARA sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang 7 dekad Merdeka. Ini akan memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40.

Kerajaan bersetuju untuk penggunaan SARA kepada barangan basah dan segar
Kerajaan juga bersetuju untuk penggunaan SARA kepada barangan basah dan segar yang boleh dibeli di 216 pasar tani atau tamu di bawah FAMA seluruh negara.

Setakat ini, rakan niaga SARA berjumlah 15,000 premis termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi.
Sebelum akhir tahun ini, kerajaan akan meningkatkan kedai runcit kecil kepada 10,000.
Follow SAYS on Instagram, Facebook, and TikTok for updates!



Cover image via