Dokumentari Dedah Trend Lambakan Warga Asing Suka Pindah Ke Malaysia

Antara perkara yang banyak menjadi perbualan sejak awal tahun ini adalah mengenai pelarian dari Rohingya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via CNA Insider

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu dokumentari dari CNA Insider telah meraih perhatian hingga hampir 2 juta penonton dalam hanya empat hari

Dokumentari tersebut bertajuk 'Why Are So Many Foreigners Moving to Malaysia? What Does It Mean For Malaysians' melaporkan bagaimana pelaburan luar dan komuniti membentuk perniagaan Malaysia, kawasan kejiranan termasuk kadak kenaikan sewa, persaingan, buruh dan bagaimana orang melayan warga pelarian.

Video 22 minit menunjukkan beberapa kumpulan peniaga dari China dan Korea Selatan yang membuka kedai di kawasan komersial Malaysia sehinggalah kehidupan pelarian hidup dan bekerja tanpa status yang sah.

SAYS.com
Image via CNA Insider

Perniagaan orang luar membentuk sebahagian daripada Kuala Lumpur

CNA telah pergi melawat ke Nanjing Street di kawasan Sunway Velocity di Cheras yang telah menjadi hab untuk restoran Cina, salun rambut Cina, perniagaan kecantikan dan pelbagai lagi perkhidmatan lain.

Laporan mendapati beberapa perniagaan ini bersaing dengan agresif untuk mengekalkan harga termasuk masa operasi berbeza. Mereka telah mengambil model perniagaan dari China yang mempunyai pasaran domestik yang sangat berdaya saing tinggi.

Presiden Persatuan Dandanan Rambut Malaysia (MHA), Ann Wang memberitahu CNA bahawa terdapat beberapa perniagaan Cina yang sanggup buka lebih lama dan mengenakan harga yang tidak boleh dilawan oleh orang tempatan.

SAYS.com
Image via CNA Insider

Apa yang merisaukan, bukan sahaja syarikat luar berlawan dengan syarikat dalam Malaysia, tetapi beberapa syarikat luar datang sendiri dengan modal, pekerja, peralatan dan rantaian pembekal sendiri.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) mengatakan perkara ini telah mengehadkan peredaran wang perniagaan tempatan dan meletakkan syarikat kecil di Malaysia di bawah tekanan kuat.

Laporan ini juga menunjukkan mengapa beberapa rakyat Malaysia memilih perniagaan luar kerana harga lebih murah, masa operasi lebih lama dan perkhidmatan tambahan untuk menarik pelanggan.

Perkara ini juga terjadi dalam sektor automotif dimana syarikat Tuhu Car Care telah memasuki Malaysia dengan aplikasi dengan model tempahan atas talian, harga lebih telus dan perkhidmatan lebih pantas.

SAYS.com
Image via CNA Insider

Pelaburan asing juga mengubah cara rakyat berniaga

Perniagaan dari Korea Selatan telah menjadi salah satu pelaburan besar yang telah wujud di Malaysia dan berada di merata-rata tempat.

CNA telah melawat ke Little Korea yang terletak di Solaris Mont Kiara dimana terdapat banyak kedai runcit Korea, restoran, salun, dan pusat kecantikan yang telah meresap masuk terus ke dalam ekosistem komersial.

Perniagaan berunsurkan Korea telah merebak dan menjadi semakin besar jauh melangkaui kedutaan. Perkara ini telah dibantu oleh hasil pertukaran, pelancongan, pendidikan dan gabungan budaya dengan Korea Selatan.

Pelaburan asing juga menyebabkan banyak perniagaan Malaysia tidak mampu untuk mendapatkan ruang komersial.

SAYS.com
Image via CNA Insider

Seorang pemilik salon memberitahu CNA bahawa dia telah melihat pemilik premis menaikkan harga sewa kerana banyak perniagaan luar sanggup membayar dengan lebih tinggi di lokasi panas.

Ng mengatakan sewa hartanah komersial kini meningkat sehingga menyebabkan beberapa perniagaan tempatan kerugian atau sukar untuk membuat keuntungan.

Yang menjadi persoalan dalam laporan tersebut ialah adakah pelaburan luar baik atau tidak untuk Malaysia, siapa yang untung, atau perniagaan Malaysia perlu menyertai ekonomi yang membantu wujudkan masalah ini?

CNA juga membuat laporan mengenai masalah pelarian di Malaysia

Antara perkara yang banyak menjadi perbualan sejak awal tahun ini adalah mengenai pelarian dari Rohingya.

Lebih 180,000 pelarian yang telah berdaftar dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Malaysia di mana majoritinya adalah dari Myanmar.

Malaysia tidak pernah menandatangani Konvensyen Pelarian 1952, di mana pelarian tidak akan mempunyai status sah dan hak untuk bekerja.

CNA telah menemu duga seorang pelarian di Malaysia, di mana dia perlu bekerja sementara dalam pekerjaan seperti pembinaan, pembersihan, memindah rumah untuk hanya mendapat RM50 hingga RM80 sehari.

SAYS.com
Image via CNA Insider

"Sebenarnya sangat susah, saya akan terima apa sahaja yang kerja yang kerajaan mahu dalam sektor pekerjaan biasa, saya sanggup," kata Aman Hossein yang berdaftar dengan UNHCR secara sah.

Kedatangan populasi warga asing hanya salah satu masalah

Kedatangan asing di Malaysia kini telah merangkumi orang yang datang dengan modal pelaburan, usahawan bersaing dengan perniagaan Malaysia, komuniti expatriat yang mahukan perkhidmatan baharu, pekerja asing memenuhi kekurangan pekerja, dan pelarian yang tidak mempunyai hak yang sah untuk bekerja.

Semua ini boleh memberi impak yang berbeza-beza kepada rakyat Malaysia. Perniagaan asing kini sanggup membayar lebih untuk lot kedai yang menjadi berita baik buat tuan lot kedai tetapi berita buruk buat peniaga tempatan yang tidak lagi mampu membayar sewa.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Syarikat luar juga boleh membawa pelaburan dan bersaing sekaligus memberi tekanan kepada perniagaan Malaysia yang telah lama bertapak. Pelarian tidak boleh bekerja dan terpaksa melakukan kerja yang tidak formal.

CNA Insider mengatakan Malaysia perlu menyelesaikan untuk mencari jalan bagi mengimbangi pelaburan asing, peniaga tempatan, kekurangan pekerja, penguatkuasaan undang-undang imigresen dan layanan terhadap pelarian.

Video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: