Duit KWSP RM700K Habis Dalam 21 Hari, Pesara Terpaksa Jadi Pengawal Keselamatan
Pentingnya pengurusan kewangan selepas persaraan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini terdapat satu perkongsian mengatakan seorang pesara telah menghabiskan semua wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam hanya 21 hari
Dikongsikan oleh @badruldinzakaria di Threads, dia mengatakan seorang pesara berumur 55 tahun telah menghabiskan RM700,000 duit KWSP dalam hanya 21 hari.
Menurut Badrul, ini adalah antara kes duit KWSP yang paling cepat habis dan perkara ini adalah satu pengajaran buat orang ramai tentang betapa pentingnya pengurusan kewangan selepas persaraan.
Pesara tersebut didakwa menggunakan duit tersebut untuk mengubah suai rumah, membeli kereta secara tunai dan mengadakan majlis perkahwinan anak.
"Pengajaran berharga daripada kisah ini. Hari ini, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya demi kelangsungan hidup. Duit KWSP paling cepat habis yang pernah saya dengar," ujar Badrul.

Ada yang menganggap perkara ini hak individu, ada yang mengambil iktibar
Menerusi komen-komen di Threads, ada yang merasakan perkara ini tidak salah dan berpendapat ia adalah hak individu pesara tersebut untuk menggunakan wangnya sebagaimana yang dia mahu.
"Biasa je ni, dah namanya duit habislah pengakhirannya. 21 hari terbaik dalam hidup pakcik itu. Duit boleh cari, kebahagiaan tiada nilainya. Jadi Pak guard pun drive Aplhard, rumah serba-serbi lengkap. Kerja sebagai pengawal keselamatan untuk bayar duit dia lepak mamak. Relakslah," ujar seorang pengguna di Threads.
"Ikut pak cik la, duit pak cik tu. Dia pun mesti dah tak ada hutang, kerja santai ja pengawal keselamatan ni. Kalau tinggal duit, meninggal nanti tak merasa la dia,"

"Ok la. Kalau meninggal pun dah merasa duit hasil titik peluh. Tak la berebut anak beranak"
"Saya nak buat bayaran bulanan macam pencen,bila dapat duit KWSP. Boleh dapat dividen bila duit tinggal dalam akaun KWSP."
Ada yang berpendapat bahawa perkara ini adalah fitrah manusia apabila pertama kali mendapat banyak duit, menyebabkan kita cenderung menghabiskan duit dalam masa yang singkat.
Perlu juga diingatkan, ini bukanlah realiti untuk dijadikan alasan seolah-olah pencarum KWSP tidak mampu mengurus kewangan sendiri. Ramai lagi pencarum lain yang sebenarnya merancang persaraan mereka untuk jaminan masa hadapan bagi diri sendiri dan anak-anak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via