Guru Terkesima Ibu Bapa Beri Hadiah Terlalu Mewah – “Cukup Sekadar Anak Murid Berjaya”
Bukan semata-mata beri hadiah, ramai guru mengharapkan yang terbaik buat pelajar mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hari Guru baru sahaja berlangsung pada 16 Mei lepas, dan sudah menjadi tradisi buat pelajar-pelajar untuk memberikan hadiah hari guru setiap tahun
Di media sosial ramai para guru telah berkongsi hadiah-hadiah yang mereka dapat bersempena hari guru. Ada yang mendapat hadiah yang terlalu mewah sehingga ada ibu bapa memberikan barang kemas berjenama.
Tahun ini guru-guru dihujani pelbagai hadiah yang menarik dari makanan sehinggalah barang kemas. Terdapat banyak gambar-gambar yang telah dikongsikan.
Ada beberapa guru juga berpesan Hari Guru adalah lebih daripada itu bukan sahaja memberikan barangan hadiah semata-mata.

Terdapat dakwaan ibu bapa melihat guru-guru terlalu berharap dengan hadiah
Ada seorang guru mengatakan dia tidak mengharapkan hadiah yang mahal dengan anak murid cukuplah sekadar mereka membuat kerja rumah dan mempunyai akhlak baik.
Seorang lagi guru sekolah berpesan bahawa supaya mempunyai empati kerana memberi hadiah yang mampu milik agar anak-anak itu tidak segan apabila berada di dalam kekurangan di kemudian hari.

Baru-baru ini kenyataan JAIS telah mengeluarkan kenyataan mengenai larangan sambutan Hari Huru buat peringkat sekolah dan daerah di bawah institusi mereka.
Perkara ini telah menjadi beban untuk beberapa ibu bapa yang bergelut dengan krisis ekonomi semata-mata untuk membeli hadiah Hari Guru.

Ada guru yang risau dengan perkara ini dimana perkara ini sebenarnya tidak wajib dan apa yang lebih penting adalah pelajar mendoakan yang terbaik buat guru dan tidak lupa untuk menghormati, menghargai dan mengingati jasa guru.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via