Hampir 700,000 Pekerjaan Kini Berisiko Terjejas Gara-Gara AI, 42,807 Pula Hilang Kerja Sejak Awal Tahun

Difahamkan, sebanyak 120 peranan pekerjaan baharu turut dikenal pasti sebagai semakin penting seiring perkembangan teknologi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via EH! & Universiti Putra Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia berdepan cabaran besar apabila kira-kira 697,000 pekerjaan dijangka terjejas akibat kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan peralihan kepada ekonomi hijau dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang jika pekerja gagal meningkatkan kemahiran mereka

Menurut laporan Malay Mail, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, kajian yang dijalankan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mendapati perubahan teknologi yang pesat sedang mengubah landskap pelbagai industri dan memberi kesan besar kepada tenaga kerja negara.

Menurut beliau, sebanyak 120 peranan pekerjaan baharu turut dikenal pasti sebagai semakin penting seiring perkembangan teknologi.

SAYS.com

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan

Image via Malay Mail

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin di Dewan Rakyat mengenai peningkatan kehilangan pekerjaan susulan penutupan syarikat dan pengurangan tenaga kerja, khususnya di Lembah Klang, serta sama ada automasi dan AI menjadi punca utama gelombang pemberhentian pekerja ketika ini.

Dalam pada itu, data Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menunjukkan seramai 42,807 individu kehilangan pekerjaan antara Januari hingga 12 Jun 2026.

Daripada jumlah itu, sebanyak 40.85 peratus berpunca daripada penutupan perniagaan dan tindakan syarikat mengecilkan operasi.

Kuala Lumpur merekodkan jumlah kehilangan pekerjaan tertinggi iaitu 12,844 kes, diikuti Selangor (12,360) dan Johor (3,468)

Bagaimanapun, Ramanan menjelaskan pasaran pekerjaan negara masih menawarkan peluang apabila portal MYFutureJobs merekodkan 605,168 kekosongan jawatan dalam tempoh sama, berbanding 188,062 pencari kerja yang berdaftar.

Beliau menegaskan AI tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman semata-mata, sebaliknya sebagai pemangkin kepada penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi dan peningkatan kualiti pekerjaan.

Bagi memastikan peralihan tenaga kerja berlaku secara adil, kerajaan giat melaksanakan pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran serta Jabatan Tenaga Manusia.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via EH!

Antara Januari hingga Mei tahun ini, lebih 26,500 individu menerima pensijilan menerusi Sistem Latihan Program Bertauliah, manakala 2,506 lagi disahkan melalui program latihan yang diterajui industri

Selain itu, platform MyMahir menyediakan maklumat berkaitan pekerjaan masa depan, kemahiran yang diperlukan dan laluan latihan yang bersesuaian. Program MyMahir SkillsLab turut menawarkan modul AI yang membantu peserta memperoleh pekerjaan dengan gaji permulaan antara lima hingga 15 peratus lebih tinggi berbanding purata gaji kemasukan.

Dalam usaha memperkukuh tenaga kerja masa depan, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) turut memperuntukkan RM100 juta di bawah skim pembiayaan TVET berimpak tinggi melibatkan tujuh sektor bernilai tinggi termasuk AI.

Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada 4,167 pelatih, dengan 70 individu telah menerima kelulusan untuk mengikuti latihan berkaitan AI.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan tenaga kerja Malaysia kekal berdaya saing dan tidak tercicir dalam arus ekonomi digital yang berkembang pesat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: