Henti Sebar Maklumat Mangsa & Suspek Kes Tikam Di Sekolah – SUHAKAM
Orang ramai diingatkan untuk tidak melanggar Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) meluahkan rasa kebimbangan berhubung kejadian tikaman membabitkan pelajar di sebuah sekolah di Selangor
Pejabat Suruhanjaya Kanak-Kanak (OCC) telah mengeluarkan kenyataan merakamkan simpati kepada mangsa yan cedera dan mendoakan mangsa akan cepat sembuh sepenuhnya.
Menurut laporan daripada Harian Metro, OCC mengakui impak emosi yang berat terhadap keluarga, warga sekolah serta komuniti murid yang terkesan akibat tragedi berkenaan.
OCC juga mengingatkan semua pihak bahawa kedua-dua mangsa dan suspek yang didakwa adalah kanak-kanak.
Tambahan itu, hak kedua-dua individu ini dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang negara dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang disertai oleh Malaysia sejak 1995.


Semua pihak perlu menghormati sepenuhnya hak maruah dan hentikan sebar spekulasi
"Memandangkan kes ini masih dalam siasatan pihak polis, amat penting bagi semua pihak untuk menghormati sepenuhnya hak, maruah dan kepentingan terbaik setiap kanak-kanak yang terbabit sepanjang proses perundangan ini berlangsung," katanya.
SUHAKAM juga turut menunjukkan kebimbangan mengenai penularan imej, rakaman video, maklumat peribadi serta pelbagai spekulasi yang tidak disahkan berkaitan kanak-kanak yang terlibat disebarkan di platform media sosial.

Tindakan ini ditegaskan boleh menyebabkan kesan psikologi berpanjangan, mengundang stigma masyarakat dan mengganggu proses siasatan rasmi.
Di samping itu, usaha pemulihan dan integrasi semula kanak-kanak berkenaan ke dalam komuniti pada masa hadapan juga boleh terjejas.
Mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2011, akta ini telah melarang sebarang penerbitan atau penyebaran maklumat yang boleh mendeddahkan identiti kanak-kanak yang terlibat di dalam prosiding. Mana-mana individu yang didapati melanggar akta ini akan didenda tidak lebih daripada RM10,000 atau dipenjarakan sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Isu petikan dituduh seorang autistik tidak boleh dijadikan alasan untuk mewujudkan stigma
OCC juga menegaskan pihak media tidak menggunakan status ketidakupayaan untuk dijadikan sebagai alasan yang mewujudkan stigma, memburukkan keadaan atau menghasut kebencian.
"Setiap kanak-kanak, termasuk golongan kurang upaya, mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang untuk dihormati maruah mereka, mendapat layanan tanpa diskriminasi, serta akses kepada sokongan psikososial yang sewajarnya," tegas OCC.
SUHAKAM mengatakan kepentingan memperkukuh langkah pencegahan keganasan di peringkat sekolah melalui mengenal pasti awal faktor risiko, penyediaan khidmat kesihatan mental yang mudah diakses, dan jalinan kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan agensi penguatkuasaan sebelum krisis berlaku.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via