Hukuman Memandu Sewaktu Lesen Digantung Kini Dinaikkan Hingga 3 Tahun Penjara

Khas untuk mereka yang masih degil!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Vocket & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masih lagi terdapat beberapa individu yang berdegil memandu kenderaan mereka walaupun lesen telah digantung atau dibatalkan

Mereka yang didapati bersalah boleh berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026.

Menurut laporan daripada Harian Metro, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Seksyen 32 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dibuat untuk meningkatkan hukuman sedia ada bagi menggalakkan pematuhan undang-undang dan mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya.

Menurut beliau, pindaan kenaikan hukuman ini berubah daripada tempoh tidak lebih satu tahun kepada tidak melebihi tiga tahun dan denda telah dinaikkan kepada tidak kurang daripada RM3,000 atau tidak melebihi RM10,000.

"Hilang kelayakan merujuk kepada keadaan seseorang tidak dibenarkan memandu kerana lesen memandunya digantung, dibatalkan atau beliau dihalang daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu oleh mahkamah," katanya.

SAYS.com

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah

Image via Harian Metro

Syarat pendaftaran lebih ketat kenderaan elektrik diperkenalkan

Selain itu, Datuk Hasbi mengatakan RUU ini turut memperkenalkan syarat pendaftaran yang lebih ketat bagi kenderaan elektrik (EV) menerusi pindaan Seksyen 10 akta berkenaan.

"Bagi kenderaan motor elektrik, pindaan ini memperjelaskan bahawa kenderaan tersebut perlu mempunyai nombor siri kenderaan motor elektrik dan nombor casis yang terang, jelas, dan tidak terusik," katanya lagi.

SAYS.com
Image via NSTP

Bagi Seksyen 17, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diberi kuasa untuk tidak mengeluarkan lesen kenderaan motor jika butiran pengenalan kenderaan seperti nombor casis atau nombor siri EV didapati rosak, tidak jelas, atau dipercayai diusik bagi mengelakkan isu penipuan dan kenderaan klon.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: