Isu Kahwin Ketika Belajar, Pelajar Dinasihat Fikir Dengan Matang Bukan Emosi

Perkahwinan semasa belajar boleh berjaya jika dirancang dengan matang, tetapi berisiko jika dibuat atas dasar emosi semata-mata

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar yang berkahwin ketika masih dalam pengajian bukanlah sesuatu yang sama buat semua orang

Sebaliknya, perkara ini bergantung kepada tahap kematangan diri dan keupayaan mengurus tanggungjawab secara seimbang.

Menurut laporan daripada Harian Metro, Timbalan Ketua Pegawai Psikologi Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNC HEPA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Rosni Mohammad mengatakan setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran, kewangan, emosi dan keupayaan berbeza dalam menggalas tanggungjawab dalam rumah tangga.

Antara faktor yang membuat perkahwinan awal itu berlaku adalah komitmen cinta sehingga pelajar tersebut memilih untuk menghalalkan hubungan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Melaka Hari Ini

Terdapat beberapa faktor seseorang pelajar itu berkahwin awal

Banyak faktor yang membuatkan seorang pelajar itu berkahwin awal seperti dari sudut agama, desakan keluarga, dan emosi.

"Kepatuhan kepada agama turut menjadi sebab apabila pasangan beranggapan perkahwinan dapat mengelakkan mereka daripada terjebak kepada maksiat.

"Desakan keluarga, hamil tanpa nikah dan mencari sokongan emosi menyumbang kepada faktor berkenaan.

"Pasangan yang sedang belajar tetapi berkahwin awal akan alami masalah pengurusan emosi, tetapi akan sejahtera emosi jika mempunyai pasangan bijak urus emosi dengan baik,"
katanya.

Beliau juga menambah bahawa jika salah seorang pasangan gagal memikul tanggungjawab boleh menjejaskan kesihatan emosi yang boleh mengundang tekanan, kebimbangan dan kemurungan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Masalah kewangan turut menjadi salah satu tekanan baru kerana kebanyakan pelajar masih bergantung kepada pinjaman pendidikan atau bantuan wang daripada keluarga tanpa pendapatan yang tetap.

Keadaan ini dapat memberi kesan kepada prestasi akademik kerana fokus untuk pelajaran itu ditambah dengan beban tanggungjawab berganda.

"Perkahwinan semasa belajar boleh berjaya jika dirancang dengan matang, tetapi berisiko jika dibuat atas dasar emosi semata-mata. Lebih baik tangguh jika belum benar-benar bersedia, kerana perkahwinan adalah tanggungjawab jangka panjang, bukan keputusan sementara," katanya lagi.

Oleh itu, jika anda seorang pelajar, alam rumah tangga memerlukan banyak perkara seperti tanggungjawab lebih besar, kestabilan kewangan, tekanan emosi dan kesihatan mental, kehilangan pengalaman masa muda dan kehidupan kampus. Pengurusan masa juga menjadi lebih mencabar dan terhad.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: