Jabatan Imigresen Buka Pilihan Tempoh Sah Pasport Sama Ada 5 Atau 10 Tahun
Semua orang kini boleh perbaharui passport 5 tahun dan 10 tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menawarkan pilihan tempoh sah laku lima dan 10 tahun bagi pembaharuan Pasport Malaysia
Perkhidmatan ini boleh diperbaharui melalui sistem MyOnline Passport mulai hari ini 2 November.
Perkara ini diumumkan oleh JIM di Facebook sebagai inisiatif untuk memberikan lebih fleksibiliti dan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk memilih tempoh sah laku pasport mengikut keperluan masing-masing.

Setiap pemohon akan mempunyai kadar pembayari fi berbeza-beza mengikut umur dan syarat.

Ogos lalu JIM terpaksa menghentikan pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA)
Ogos lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, mengatakan jabatan itu menghentikan PMA dengan tempoh sah laku 10 tahun berkuat kuasa serta-merta akibat kekeliruan yang dihadapi oleh pemegang pasport ketika melakukan perjalanan ke luar negara.
Keputusan ini dibuat susulan isu tular beberapa pemegang PMA yang mengalami kesulitan ketika melakukan perjalanan ke luar negara seperti sekatan daripada sistem syarikat penerbangan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban.
Image via AWANIBERNAMA melaporkan sistem penerbangan syarikat yang menyekat pasport 10 tahun bukannya negara luar.
Datuk Zakaria mengatakan kesulitan ini berpunca daripada sistem yang digunakan sesetengah syarikat penerbangan.
"Dia bukan negara, dia airlines (syarikat penerbangan). Sistem imigresen mana-mana negara pun tidak ada masalah dari segi tempoh, kerana mereka akan memasukkan tempoh sah laku pasport itu sahaja.
"Dari segi ICAO, aviation standard (piawaian penerbangan), tidak ada isu… tetapi airlines yang ada masalah," katanya.
Imigresen sudah merujuk perkara ini kepada International Civil Aviation Organization (ICAO) dan maklum balas yang diterima tidak menghalang pelaksanaan tempoh sah laku melebihi 10 tahun PMA.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via