Kahf Tampil Mohon Maaf Susulan Isu Muat Naik Gambar Perbandingan Antara Negara Tular

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Cover ImageCover image via @kahfeveryday (Threads)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kahf jenama penjagaan diri yang popular dari Indonesia tampil memohon maaf atas satu ciapan mereka di Threads

Satu hantaran mengenai perbandingan bola sepak dengan label "Beda Level" telah mencetuskan ketidakpuasan hati ramai orang di rantau Asia Tenggara.

Pihak pengurusan Kahf akhirnya telah memohon maaf dalam satu kenyataan baharu di Threads apabila menyedari ciapan berkenaan tidak disenangi oleh orang ramai terutamanya pelanggan dari Malaysia.

Satu kenyataan Bahasa Inggeris telah dimuat naik menjelaskan isu ini untuk penjelasan pendirian rasmi jenama tersebut.

SAYS.com

Hantaran yang telah dipadam oleh Kahf.

Image via @kahfeveryday (Threads)

Pihak Kahf akui kandungan itu tidak sepatutnya berlaku

"Di Kahf, hormat adalah satu nilai utama kami. Hantaran yang diterbitkan di akaun kami baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak mencerminkan rasa hormat yang diperjuangkan kami," dalam kenyataan.

Kahf juga telah memadamkan hantaran sebelum ini dan berjanji akan menguruskan kandungan dengan lebih baik pada masa akan datang.

"Kami telah memadamkan hantara itu dan komited untuk menjadi lebih baik. Kami seikhlas hati memohon maaf atas kekecewaan yang ditimbulkan dan sedia bertanggungjawab," jelas Kahf lagi.

Ramai pengguna di Malaysia kecewa dengan sikap pasukan pemasaran Kahf

Kerana hantaran itu, ramai pengguna di Malaysia kecewa dengan sikap pasukan pemasaran Kahf yang merendahkan pasaran utama mereka.

Terdapat juga beberapa pelanggan yang membatalkan pembelian yang telah dibuat oleh mereka.

SAYS.com
Image via Hasif Hamsyari / Gaya Travel Magazine

"Terima kasih Kahf sebab dah buktikan satu benda hari ni. Jenama besar pun kadang-kadang boleh buat benda bodoh

"Sebab tu bila pegang akaun jenama, jangan fikir kandungan ni boleh tular ke tak sahaja. Fikir sekali kalau tular, tular sebab apa,"
ujar Engku Parlo di Threads.

"Bukan Malaysia sahaja tidak dihormati, malah negara lain juga."

Ada seorang pengguna mengatakan walaupun sudah memohon maaf tetapi tidak bermakna ia boleh diterima dengan mudah.

"Permohonan maaf diterima. Tapi maaf tidak semestinya mengembalikan kepercayaan"

"Inilah yang terjadi apabila seseorang itu tidak dapat mengawal emosi untuk menjaga nama baik jenama."

Kejadian ini bakal menjadi pengajaran buat Kahf dan juga pengguna media sosial dan pasukan pemasaran korporat.

Membawa nama dan imej syarikat ke pasaran antarabangsa bukan satu perkara yang boleh diambil mudah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: