Kemunculan Animasi Paling Teruk Dari China, Pecah Panggung Raih RM6.78 Juta!
Niu Lai terlalu viral sehingga menjadi 10 filem animasi paling menguntungkan di China tahun ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu filem animasi baru-baru viral kerana tidak berjaya meraih wang kerana animasinya dianggap 'lebih teruk dari AI'
Niu Lai diterjemahkan kepada "The Arrival of The Ox" adalah filem animasi hasil ciptaan Xin Yumeng dan ditulis oleh Sun Lifang yang turut menjadi pelakon suara dan krew untuk filem ini.
Filem ini dibangunkan oleh hanya mereka berdua dengan bajet 310 yuan (RM191) dalam masa 5 tahun.
Filem ini telah ditayangkan di China pada 5 Ogos di 245 pawagam tanpa pemasaran. Dalam sembilan hari ditayangkan, filem ini hanya menjana 7,159 yuan (RM4,300) sahaja dan ditonton oleh 200 orang.
Animasi ini begitu teruk sehingga menjadi viral serata global kerana tidak menyangka filem animasi sebegini mampu wujud.

Viral selepas kritikan dari orang ramai
Menurut Vocal, satu-satunya pemasaran yang ada untuk filem ini hanyalah poster yang menunjukkan lukisan tradisional China dengan sinopsis pendek.
Tetapi poster tersebut hanyalah sekadar indah khabar dari rupa, apabila filem animasi ini adalah lebih teruk daripada yang disangka.

Penonton mengatakan filem ini mempunyai rekaan watak yang terlalu buruk, karakter terlalu kaku dan tekstur 3D yang banyak kali bergabung tanpa sebab.
Menurut Shanghai Daily pula, penonton mengatakan filem ini lebih teruk dari klip yang dibuat menggunakan AI. Tapi ramai memuji dan lebih menerima animasi yang buruk kerana tidak menggunakan AI.
Filem ini berjaya pecah panggung selepas viral
Lebih mengejutkan, setelah viral, ramai orang berasa ingin tahu untuk melihat betapa teruknya filem ini sehingga menjana box office dan menjadi fenomena besar buat dua pencipta filem ini.

Filem Niu Lai telah berjaya menjana jutaan yuan akibat kuasa viral sehingga berjaya meraih ¥11.22 juta (RM6.78 juta) sekaligus memasuki 10 filem animasi paling menguntungkan di China tahun 2026 dan salah satu filem paling menguntungkan dalam sejarah filem China.
Video klip dari filem ini:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via