Kerajaan Dicadang Hukuman Sebat Mandatori Pesalah Manipulasi & Sebar ‘Deepfake’ Lucah
Hukuman lebih berat patut dilaksanakan dek impak psikologi dan trauma ditanggung oleh mangsa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan dicadang untuk memperkenalkan sebatan mandatori buat pesalah yang memanipulasi kandungan lucah teknologi kecerdasan buatan (AI) dan deepfake
Menurut laporan dari Berita Harian, Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) mengatakan hukuman yang lebih berat patut dilaksanakan segera kerana impak psikologi dan trauma berpanjangan ditanggung oleh mangsa.
"(Cadangan) hukuman denda atau penjara lima tahun ini perlu dinaikkan. Rompin mencadangkan pesalah deepfake lucah ini dikenakan hukuman sebatan mandatori kerana impak kemudaratan psikologi kepada mangsa adalah trauma seumur hidup," katanya di Dewan Rakyat semalam.
Beliau juga menambah cadangan penubuhan sistem pengecaman wajah kebangsaan yang akan diintegrasikan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membolehkan tindakan segera termasuk sekatan akaun media sosial palsu yang mencuri identiti.

Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin)
Image via malaysiakiniIsu deepfake dibangkitkan menggesa sekatan kecemasan terutamanya jika melibatan kanak-kanak
Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) juga turut menggesa perintah sekatan kecemasan untuk dikuatkuasakan serta-merta supaya pengendali platform media sosial memadam kandungan dalam tempoh beberapa jam, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

"Seorang kanak-kanak tidak sepatutnya merayu di internet supaya gambarnya dipadam. Negara kita perlu bertindak, bergerak dengan lebih cepat daripada algoritma," katanya.
Isu deepfake sejak kemunculan aplikasi AI yang mudah digunakan oleh orang ramai menjadi lebih teruk sejak beberapa tahun ini. Kerajaan digesa untuk menangani isu ini dengan lebih awal bagi memperkenalkan akta bagi menghukum pesalah-pesalah ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via