Kerajaan Indonesia Disaman Rakyat Sendiri Susulan Kecuaian Mengakibatkan Jerebu Di Seluruh Negara
Difahamkan, tiada seorang pun defendan hadir pada pendengaran itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Indonesia telah dituduh melakukan kecuaian besar berhubung jerebu beracun yang akibat dari kebakaran hutan
Kebakaran hutan itu telah menyelubungi sebahagian Pulau Borneo bermula di Pontianak, Kalimantan Barat.
Menurut laporan dari Buletin TV3, empat plaintif termasuk cawangan tempatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Asal AMAN, telah memfailkan saman tindakan kelas di sebuah mahkamah di Pontianak terhadap Presiden Prabowo Subianto dan Gabenor Kalimantan Barat antara 10 defendan.
Wilayah itu telah terjejas teruk akibat kebakaran dan asap yang menyebabkan sekolah ditutup sehingga memaksa ratusan orang mendapatkan rawatan perubatan akibat masalah berkaitan dengan pernafasan.
Peguam plaintif, Glorio Sanen mengatakan kes itu adalah satu langkah untuk menangani masalah kebakaran tahunan yang sebahagian besarnya dipersalahkan atas kemusnahan hutan dan didorong oleh episod fenomena cuaca El Niño yang sangat kuat hingga kemarau.

Tiada seorang pun defendan hadir pada pendengaran itu
Menurut wartawan AFP, tiada seorang defendan hadir pada pendengaran itu.
Pihaknya sedih dan kesal dengan ketidakhadiran mereka dan memahami bahawa keadaan jerebu itu mungkin menyebabkan mereka tidak dapat hadir di Pontianak.

Di Indonesia, ratusan penerbangan terjejas akibat asap berbau busuk berkenaan.
Plaintif mahu kerajaan mengisytiharkan keadaan itu sebagai bencana nasional untuk membolehkan langkah pemulihan boleh dilaksanakan secara menyeluruh termasuk menanggung kos penjagaan kesihatan penduduk yang terjejas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via