Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Sebuah Telco Tempatan, Turut Lapor MCMC

Moga selepas ini telco dan badan berkaitan mengambil tindakan lebih ketat atas kebocoran data peribadi rakyat Malaysia.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu keselamatan peribadi telah mendapat perhatian hangat rakyat Malaysia baru-baru ini

Perhatian kini lebih dituju kepada Khairul Aming apabila maklumat dan data peribadinya telah dibocorkan oleh seorang wanita di laman Threads.

Khairul Aming menganggap perkara ini tidak boleh dipandang ringan dan mengambil tindakan undang-undang beserta aduan kepada badan berkuasa.

Dikongsikan di Threads, Khairul Aming telah menghantar satu ciapan mengenai perkara ini.

– Peguam saya telah pun hantar Surat Tuntutan atau Letter of Demand (LOD) kepada *syarikat telco berkenaan*
– Laporan rasmi telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
– Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk buka siasatan ke atas pelaku
– Laporan kebocoran data telah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (SPDP)

Dia juga turut menegaskan pihak peguam akan mengambil alih kes ini sehingga ia selesai.

"Peguam-peguam saya akan takeover case ni sehingga selesai. Sejujurnya rasa sedih & seram sebab semudah tu je privacy hidup boleh hilang. Details telefon, payment history, subscription, sampai ke no IC boleh akses MySara, semuanya bocor," katanya di Threads.

SAYS.com
Image via Instagram

Netizen juga bersyukur perkara yang sudah lama berlaku akhirnya diambil perhatian lebih

Dalam perkongsian tersebut Khairul Aming menyatakan rasa sedih dan seram kerana betapa mudahnya kehidupan peribadinya hilang selepas kebocoran yang berlaku.

Menerusi komen-komen di Threads, ramai netizen yang menyokong Khairul Aming bersetuju dengan tindakannnya.

Ada yang mengatakan sebelum ini, mereka sudah penat mengadu kepada pihak berkuasa dan badan berkanun tetapi, tiada tindakan yang tegas dilakukan seperti acuh tidak acuh sahaja.

"Kes ini buka mata kepada semua orang. Data Rakyat Malaysia memang senang-senang bocor. Sebab tu ramai kena scam. Kesian orang tua di kampung hilang puluh-puluh ribu akibat scammer"

"Apa jua keputusan, sememangnya perkara ini tidak wajar berlaku. Akta PDPA dan hukuman perlu ditekan sekerasnya terhadap perniagaan yang melibatkan maklumat peribadi pelanggan"

"Penting untuk menjaga etika & maklumat pelanggan. Obsess mcm mana pun & minat mcm mana pun. Etika nombor 1. Jangan buat sambil lewa pada amanah kerja. Semoga Allah SWT lindungi semuanya. Allahumma Aamiin"


Kejadian ini bermula apabila seorang wanita di Threads, memberitahu bahawa Khairul Aming tidak membayar bil telefon yang tertunggak sambil menunjukkan nilai bayaran tersebut.

Kes ini boleh menjadi kes duluan di mana kes-kes mahkamah yang berkaitan isu ketirisan maklumat peribadi untuk memudahkan lagi tindakan undang-undang.

SAYS.com
Image via @khairulaming / Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: