Kualiti Udara Semakin Merosot, 37 Kawasan Dilaporkan Catat IPU Tidak Sihat Hari Ini
Pakai pelitup muka dan minum air secukupnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kini pada tahap tidak sihat kepada 37 kawasan
Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), daerah Serian, Sarawak mencatatkan IPU tidak sihat tertinggi dengan 188 diikuti Johan Setia (183), Pasir Gudang (174), Larkin (169), Cheras (167), Shah Alam dan Nilai dengan (166), Putrajaya, Kota Tinggi serta Tangkak dengan (165).
Seremban telah mencatatkan 164, Pengerang dan Samarahan (163), Balok Baru Kuantan (161), Batu Muda dan Klang (160), Petaling Jaya, Batu Pahat dan Indera Mahkota Kuantan (159).

Gambar sekadar hiasan.
Image via NSTP18 lagi lokasi merekodkan IPU tidak sihat
18 lagi lokasi yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Tanjung Malim, Banting dan Alor Gajah (157), Kemaman (156), Bukit Rambai dan Paka (155), Seri Manjung, Kuala Selangor, Temerloh, Jerantut dan Kuching (154), Kuala Terengganu (153), Rompin (151), Kluang (151), Port Dickson (131), Tasek Ipoh (129), Balik Pulau (124) dan Minden, Pulau Pinang (103).

Setakat ini 31 kawasan merekodkan IPU di tahap yang sederhana.
Kemaskini bacaan IPU boleh didapati di laman rasmi APIMS.
Untuk makluman, IPU 101 hingga 200 adalah tidak sihat, 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas adalah berbahaya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via