Kutipan Tabung Solidariti Najib Razak Dilaporkan Cecah RM1 Juta Dalam Sehari
Menurut UMNO, tabung solidariti ini mampu untuk mencecah RM30 juta.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tabung Solidariti UMNO untuk Najib Razak kini telah mencecah lebih dari RM1 juta
Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada 19 September lepas.
UMNO baru-baru ini telah melancarkan dana untuk membantu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang perlu membayar denda sebanyak RM50 juta.
Denda ini adalah salah satu syarat untuk pengampunan diraja Najib yang membenarkan beliau menghabiskan hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menurut kenyataan di Facebook, Dr Asyraf mengatakan tabung dana itu telah mencecah RM634,562.02 dalam tiga jam pertama dana itu dibuka.
"Ramai yang menyumbang serendah RM10 dan RM50," kata beliau.

Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Image via New Straits TimesPresiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengatakan dana ini hanya untuk meringankan beban bekas perdana menteri.
Parti ini berkemungkinan boleh mengumpul dana sehingga RM30 juta jika setiap 3.8 juta ahli menyumbang sebanyak RM10 menurut Ahmad Zahid Hamidi.
Najib mengatakan orang Malaysia tidak perlu terbeban atau terpaksa untuk menderma
Menurut Malay Mail, dinyatakan oleh peguam dari Messrs Shafee & Co, Naib sangat bersyukur dengan semua bantuan orang ramai.
"Anak guam kami meluahkan rasa terharu dengan sokongan ini, beliau tidak mahu parti, ahli-ahli dan penyokongnya mahupun orang awam merasa terbeban atau terpaksa untuk menderma," kenyataan peguam.
Sebarang sokongan hendaklah diberikan sepenuhnya atas kerelaan sendiri dan mengikut kemampuan masing-masing.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via