Lagi Kes Seludup Dadah, Warga Malaysia Kini Ditahan Pihak Berkuasa Di Indonesia

Difahamkan, dadah yang dirampas bernilai kira-kira Rp2.79 bilion (RM715,000).

Enlarge text
Cover ImageCover image via Healthline & JAKARTAGLOBE.ID

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pihak berkuasa Indonesia baru sahaja menahan seorang warga Malaysia berusia 22 tahun selepas didakwa cuba menyeludup dadah

Suspek didakwa kerana cubaan menyeludup satu kilogram (kg) methamphetamine dan lebih 1,000 pil ekstasi yang disembunyikan di bawah korset di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Sidoarjo.

Menurut laporan dari JAKARTAGLOBE.ID suspek telah dikenal pasti dengan nama inisial DI telah ditahan di Terminal 2 selepas tiba dengan penerbangan menaiki kapal terbang syarikat penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Surabaya.

Pihak berkuasa juga berjaya merampas empat bungkusan berisi 990 gram methamphetamine dan empat lagi bungkusan berisi 1,089 pil ekstasi yang disembunyikan dibawah korset yang dipakai di bahagian dalam baju.

"Suspek cuba menyembunyikan dadah di bawah korset yang dipakainya untuk mengelak dari pemeriksaan. Tetapi cubaannya digagalkan," ujar Komander Pangkalan Udara Tentera Laut Juanda, Kolonel Henoch Nasairus Virzawan.

SAYS.com
Image via JAKARTAGLOBE.ID

Dadah yang dirampas bernilai kira-kira Rp2.79 bilion (RM715,000)

Penguatkuasa mengatakan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai sekitar Rp2.79 bilion (RM715,000) dan berpotensi boleh dijual kepada kira-kira 6,584 pengguna.

DI serta narkotik yang dirampas diserahkan kepada polis Sidoarjo untuk tindakan undang-undang selanjutnya. Penyiasatan akan dilakukan untuk membongkar rangkaian yang lebih besar kerana didakwa terlibat dalam perdagangan dadah antarabangsa.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Addiction Resource

Difahamkan, lelaki itu bersetuju untuk bekerja sebagai penghantar dadah kerana dia sedang bergelut dengan masalah kewangan dan mempunyai hutang. Pemuda berkenaan bakal berdepan hukuman penjara lima hingga 20 tahun, penjara seumur hidup atau hukuman mati.

Laporan terbaru daripada Harian Metro telah mengesahkan lelaki tersebut berasal dari Johor. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di lapangan terbang negara.

"Lelaki itu berasal dari Johor. Bungkusan (dadah) itu dibalut dan dilekatkan pada badannya.

"Dia menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan hasil semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah (di negara ini),"
kata Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan.

Kes dadah kali ini terus mengejutkan rakyat Malaysia, kerana baru sahaja digemparkan dengan kes seorang juruterbang syarikat penerbangan komersial Malaysia yang ditahan dan disyaki cuba menyeludup 25kg pil ekstasi ke Indonesia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: