Lelaki Cerita Pengalaman Dating Awek Gym – “Tolong Angkat Barang Tak Terangkat”
Perempuan tu geram nak patah-patahkan tulang katanya.
Cover image via Gambar janaan AIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap lelaki akan melalui fasa dating tetapi kalau kedua-duanya terlalu berbeza mungkin ini perasannya
Lelaki dengan nama Han telah berkongsi mengenai pengalamannya di Threads keluar dating dengan 'awek gym' pada tahun 2024. Perempuan yang juga seorang pelatih gim terdahulu sudah memberitahu dia bukanlah lelaki idamannya kerana menyukai lelaki yang berotot.
Dating itu bermula seperti biasa dan mereka bedua keluar bersama-sama ke satu pusat beli belah. Semua yang diceritakan mengenai gim, pertandingan, kerja, keluarga dan lain-lain.
Sesudah sampai mereka pergi makan ke restoran Nando's yang terkenal dengan ayam peri-peri dan makanan Afrika Selatan.
Lelaki tersebut telah memesan ayam separuh untuk dirinya dan perempuan itu. Diakhirnya, wanita itu yang menghabiskan ayamnya kerana terlalu banyak buat Han. Wanita itu memesan bahawa dia memang makan protein banyak setiap hari.

Gambar sekadar hiasan.
Image via My Weekend PlanBermulanya sesi "latihan" ketika dating
Semua bermula setelah mereka singgah di satu kedai yang menjual protein supplement. Ini adalah pertama kali, Han telah memasuki kedai menjual barangan membina badan dan gim.
Perempuan itu telah membeli whey dalam bungkusan berbentuk beg yang mempunyai pemegang. Apabila disuruh pegang, lelaki tersebut terkejut beg itu lebih berat daripada yang disangka. Dia juga terkesima perempuan itu mampu untuk membawa whey yang berat kemana-mana tanpa rasa penat sekali pun.

Sekadar gambar hiasan
Image via Gambar janaan AI Image via"Dia bagi aku pegang, senget sebelah weh, jadi penguin keluar kedai tak boleh go, I letak bawah, berat mat beg protein tu, dia gelak-gelak tanya boleh ke tak, I cakap kita letak dalam kereta dulu la. Dia taknak, dia pegangkan. The whole time window shopping kt mall tu dia pegangkan, aku mcm…weh like howw?? Dia tak nampak mcm lenguh pon. Siap masuk sephora, sasa, guardian, watson, under armor merata atas bawah," katanya di Threads.
Sampai satu tahap dia hanya mengikut perempuan itu kemana-mana di dalam pusat beli belah
Ada masanya sehingga lelaki itu tidak memegang apa-apa tetapi hanya disuruh untuk memegang beg tangan sebentar, walhal ketika itu dia sudah penat dan lenguh kaki berjalan.
Wanita itu malah masih segar dan berasa lapar kembali. Mereka kemudian pergi makan sushi tetapi lelaki tersebut hanya memesan air sahaja kerana masih kenyang memakan Nando's sebelum itu.
"Sampaikan I yang tak pegang apa-apa, just kadang-kadang dia minta tolong pegangkan handbag ke apa je, I yang penat and lenguh kaki berjalan. Dia macam fresh lagi," katanya.
Sebelum pulang, perempuan itu singgah ke tandas terlebih dahulu. Akibat perasaan ingin tahu yang tinggi, lelaki tersebut cuba untuk mengangkat semua barang-barang yang dibawa oleh wanita itu tetapi tidak terangkat dan tidak mampu.

Gambar sekadar hiasan
Image via Gambar janaan AI"Before balik ke kereta tu dia singgah toilet, I jagakan barang-barang dia beli. I try la. I try rasa apa yg dia pegang semua tu, I genggam semua tak terangkat beb. I xtau dia beli apa but yg lain pon berat. Time dia keluar I insist tlg bawakan sikit barang dia beli, dia ckp x payah beratt, I tlg juga, mmg berat sgt. I pegang dua tangan, tukar2 tangan sampai la juga ke kereta," katanya lagi.
Dia masih lagi cuba untuk tolong membawa barang tersebut tetapi sangat berat sehingga dia terpaksa menukar-nukar tangan sehinggalah mereka sampai ke tempat letak kereta.
Sejurus balik ke rumah pada hari yang sama, lelaki tersebut mengatakan hampir semua anggota badanya lenguh dan sakit itu hanya hilang selepas seminggu. Dia juga masih terpegun dengan perempuan itu kerana mampu membawa semua barangan berat untuk masa yang sangat lama.
Netizen sedar hakikat lelaki ini perlu menguatkan tubuh badannya
Daripada komen, Han memberitahu dia sebenarnya mempunyai masalah kekurangan zat makanan dan perlu menaikkan berat badannya yang terlalu kurus. Dia juga sudah berusaha untuk berjumpa dengan beberapa doktor dan pakar diet untuk menyihatkan tubuh badan.
"Bruh. Dengar cerita kau, kau ni macam lembik malnourished dah ni. Bukan underweight lagi.Sesado-sado perempuan pun, an average guy should still be able to match her strength. Go eat my dude. Live life a little," kata satu komen di Threads.
"Rasanya you malnourished ni. Bukan kurus je. Try eat more protein."
Ramai juga memesan untuk dia lebih menjaga kesihatan dan memakan lebih banyak protein. Rata-rata memberi sokongan penuh buat Han untuk membina badan yang lebih kuat terutamanya apabila mahu berumah tangga. Han dan wanita itu masih lagi berkawan sehingga sekarang dan sekali-sekala mereka ada menghubungi sesama sendiri di media sosial.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


