Lelaki Malaysia Kongsi Bahang Gelombang Panas Eropah Lain Dari Panas Malaysia – “Panas Berdenting”
Dari pagi sampai malam tak sejuk-sejuk.
Cover image via @hermanrawi / TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Negara-negara Eropah kini sedang mengalami antara gelombang haba paling panas buat tahun ini
Situasi gelombang haba ini dikongsikan oleh pengguna TikTok Herman Rawi, seorang rakyat Malaysia dari Kelantan yang kini menetap di Switzerland.
Dia menceritakan bahawa musim panas kering di negara-negara Eropah sangat berbeza berbanding cuaca panas lembap di Malaysia.
Bayangkan bahang panas sudah dirasai bermula 5 pagi sehingga ke malam. Inilah yang dirasai oleh seluruh warga Eropah yang menghadapi gelombang panas.
"Sebagai seorang warga Malaysia yang dah duduk Malaysia selama 36 tahun, saya kalau orang tanya heatwave dekat Eropah sekarang ni panas ke? Malaysia kan setiap hari panas kan, 31 ke 34 tu normal." menjawab pertanyaan orang di TikTok.
Herman juga menambah bahawa cuaca di Eropah adalah panas dan kering, menyebabkan anda sukar untuk berpeluh. Berpeluh juga adalah salah satu cara badan menyejukkan diri, tetapi tidak dengan cuaca ini.
"Jadi solusinya pergi dekat mana-mana kolam air atau pancuran air ambil simbah, yaa memang panas bukan nak mengada-ngada," katanya lagi.

Panas lain daripada yang lain, pergi mana-mana panas
Herman menceritakan keadaan di Eropah juga sangat berbeza dengan Malaysia.
Negara-negara di Eropah mempunyai terlalu banyak kekangan dalam pemasangan penghawa dingin kerana musim yang berbeza-beza, harga bil elektrik yang tinggi, keperluan permit dan pelbagai lagi isu lain yang menyukarkan mereka untuk memasang penghawa dingin.
"Mungkin kat Malaysia panas, tapi balik rumah kebanyakan ada penghawa dingin. Sini tak ada, kipas kat sini pun tak ada, Kalau rumah tu tak beli kipas meja, memang panas masuk rumah.
"Keluar rumah pun panas, di mana-mana panas," kata Herman.

Tambahan lagi, menurut Herman, panas di Malaysia bermula pada waktu yang lambat tetapi tidak di Switzerland.
"Macam pukul 12 sampai pukul 5 petang, pagi tu kita ada sejuk juga, sini musim panas pagi mula awal, pukul 4.30 pagi-5 pagi dah cerah matahari dah naik, sampai malam pun tak sejuk-sejuk lagi" ujar Herman.
Beberapa netizen lain yang pernah bercuti atau tinggal di negara Eropah turut menceritakan pengalaman mereka.
"Pernah pergi UK 2005 haritu.. baru 23°C time tu, perghhh tak tahan dah, panas kering.. dah la tak berangin.. jadi betul la time belajar geografi dulu-dulu.. Malaysia ni negara berkelembapan tinggi. Hutan khatulistiwa main peranan," ujar Hafizudinggg di TikTok."
"Saya pernah bekerja di Washington sebagai pekerja transfer selama 4 tahun. Jujur cakap, saya lagi bersyukur duduk Malaysia. Iklim Malaysia paling senang nak adapt dan tak banyak kos diperlukan untuk tukar musim. Dekat US, setiap kali tukar musim, banyak belanja diperlukan. Walaupun gaji di US mahal. Tapi gaji banyak habis untuk persiapan musim," kata Didy RaMa di TikTok.
Itulah hakikatnya apabila tinggal di negara yang mempunyai cuaca yang berbeza. Berkemungkinan besar gelombang haba luar biasa ini akan berterusan dalam seminggu atau dua minggu lagi sahaja di Eropah.
Video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


