Lelaki Malaysia Terakam Kelibat Di Hutan Aokigahara, Jepun – “Meremang”

Betul-betul muncul selepas dia bersiul.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @itsruzaimi / TikTok

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Niat seorang pempengaruh ekpslorasi urban untuk melakukan peninjauan kawasan di satu hutan "terkenal" di Jepun membuahkan hasil lain

Dikongsikan oleh @itsruzaimi di TikTok, dia merupakan seorang pempengaruh yang banyak membuat video eksplorasi urban. Baru-baru ini video terbarunya menunjukkan keadaan di Hutan Aokigahara yang terletak berdekatan dengan Gunung Fuji di Jepun.

Dalam video tersebut, dia seorang diri sedang melakukan eksplorasi untuk melihat keadaan hutan tersebut, termasuk mengetahui lebih mengenai cerita sisi gelap hutan tersebut.

Untuk makluman, Hutan Aokigahara adalah hutan yang mempunyai reputasi dipenuhi entiti makhluk halus dan sering dikaitkan dengan kes pembunuhan diri. Akibat terlalu banyak kejadian yang sama di situ, hutan tersebut telah dikenali sebagai "Suicide Forest" atau "Hutan Bunuh Diri".

SAYS.com
Image via @itsruzaimi / TikTok

Kelibat terakam bersama video selepas bersiul

Tanpa disedari Ruzaimi, dia ketika itu sedang menjelaskan kejadian yang pernah berlaku di dalam hutan berkenaan.

Pada minit ke 1:18 dalam video, Ruzaimi tanpa rasa takut bersiul dan pada ketika itu secara tidak sengaja merakam satu kelibat yang menyerupai seorang perempuan.

Ketika rakaman tersebut, dia tidak sedar akan kelibat yang berada cuma beberapa meter di belakangnya sahaja.

Selain itu, Ruzaimi sendiri ada menjumpai beberapa nota terkakhir yang telah ditinggalkan orang di hutan terbabit.

Setelah memuat naik video berkenaan di TikTok, ramai orang memberi komen dan tangkap layar yang menunjukkan wanita tersebut berada di belakangnya.

SAYS.com
Image via @itsruzaimi / TikTok

Ramai netizen mengatakan seram kerana kemunculan tersebut betul-betul terjadi ketika Ruzaimi sedang bersiul di dalam hutan.

Menurut Ruzaimi di komen, dia berada di bahagian hutan yang dibuka untuk orang ramai dan boleh membuat rakaman di situ. Terdapat satu lagi kawasan hutan itu dimana orang ramai tidak dibenarkan masuk.

Ada juga yang mengatakan kelibat itu hanyalah seorang pelawat yang lain dan melakukan perkara yang sama seperti Ruzaimi.

Yang menjadi misteri, Ruzaimi mengesahkan pada ketika itu, dia hanya berseorangan tanpa ada orang lain di sekelilingnya.

Memohon bantuan bukan satu kelemahan. Jika anda atau sesiapa yang anda kenali merasai kesunyian, dalam kesusahan atau mempunyai pemikiran negatif, dapatkan bantuan daripada talian-talian ini:

1. BEFRIENDERS KL
24 jam
Hubungi: +603-76272929
Emel: [email protected]
Website | Facebook | Twitter

2. TALIAN KASIH
24 jam
Hubungi: 15999
WhatsApp: +6019-2615999
Emel: [email protected]
Website | Facebook

3. BUDDY BEAR CHILDLINE
Setiap hari (12 tengah hari – 12 malam)
Hubungi: 1800-18-2327
Emel: [email protected]
Facebook | Instagram

Untuk maklumat yang lebih menyeluruh, maklumat lanjut di Malaysian Mental Health Association atau MINDAKAMI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: