Masa Memasuki Hijir Ismail Bagi Lelaki & Wanita Di Masjidil Haram Kini Ditetapkan Pada Waktu Tertentu

Difahamkan, langkah itu bertujuan membantu mengurus aliran jemaah secara lebih teratur.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sirap Limau

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menetapkan waktu khas bagi kemasukan ke Hijir Ismail untuk jemaah lelaki dan wanita dalam usaha mengawal pergerakan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan di Masjidil Haram

Menurut laporan Astro Awani, jemaah wanita dibenarkan memasuki kawasan Hijir Ismail setiap hari bermula pukul 6 pagi hingga 9 pagi.

Bagi jemaah lelaki pula, waktu kemasukan ditetapkan dari pukul 10 malam hingga 1 pagi.

SAYS.com
Image via Sirap Limau

Pihak berkuasa berkenaan memaklumkan penetapan waktu tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memastikan kelancaran pergerakan jemaah, memudahkan pelaksanaan ibadah serta menyediakan pengalaman yang lebih selesa kepada para pengunjung Masjidil Haram

Langkah itu turut membantu mengurus aliran jemaah secara lebih teratur, khususnya ketika jumlah pengunjung yang hadir ke Masjidil Haram semakin meningkat.

Hijir Ismail yang terletak bersebelahan Kaabah merupakan antara lokasi yang sering menjadi tumpuan jemaah untuk beribadah dan berdoa, sekali gus memerlukan pengurusan yang lebih sistematik bagi menjamin keselesaan serta keselamatan semua pengunjung.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: