MBPP Arah Kedai Kopi Tanggalkan Pelekat Meja Halal & Tidak Halal, Bimbang Cetus Sensitiviti Kaum

Isu tersebut dipercayai timbul selepas sebuah gerai burger milik peniaga Melayu mula beroperasi di dalam kedai kopi itu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah kedai kopi di Jalan Terengganu, Pulau Pinang diarahkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) supaya menanggalkan pelekat yang membezakan meja pelanggan bagi makanan halal dan tidak halal selepas perkara itu tular di media sosial

Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Kesihatan Awam MBPP, Tan Soo Siang, pihaknya telah mengeluarkan amaran kepada pengusaha premis berkenaan susulan aduan yang diterima daripada orang ramai.

Isu tersebut dipercayai timbul selepas sebuah gerai burger milik peniaga Melayu mula beroperasi di dalam kedai kopi itu dan meletakkan pelekat tanda bagi mengasingkan ruang tempat duduk pelanggan yang mengambil makanan halal dan tidak halal.

Tan berkata, MBPP memandang serius perkara tersebut kerana ia berpotensi menimbulkan sensitiviti kaum dan agama selain mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat.

SAYS.com
Image via Harian Metro

"Kami tidak mahu sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum atau dianggap memecahbelahkan masyarakat," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa gerai berkenaan tidak mempunyai pensijilan halal yang sah dan tidak mendapat kelulusan MBPP untuk memasang pelekat tanda tersebut.

Sehubungan itu, pengusaha makanan diingatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan serta mendapatkan kelulusan pihak berkuasa sebelum memasang sebarang papan tanda atau melaksanakan langkah yang boleh memberi kesan kepada pelanggan.

MBPP memaklumkan akan terus memantau keadaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa hadapan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: