MCMC Perkenal Dua Kod Baharu Dibawah ONSA Untuk Melindungi Kanak-Kanak

Langkah penting memperkukuhkan keselamatan kanak-kanak dalam talian.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & MCMC

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua kod baharu akan diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan dalam Talian 2025 (ONSA) untuk memperkukuhkan lagi keselamatan kanak-kanak dalam talian

Kenyataan ini telah diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bahawa Kod Perlindungan Kanak-kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) akan berkuat kuasa 1 Jun depan hasil kerjasama bersama-sama pemain industri, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan berkaitan.

Berdasarkan laporan dari BuletinTV3, MCMC mengatakan pelaksanaan kedua-dua kod ini melibatkan proses rundingan awam yang telah dijalankan pada 12 Februari hingga 31 Mac lepas.

SAYS.com
Image via @MCMC_RASMI / X

CPC dan RMC adalah langkah penting memperkukuhkan keselamatan dalam talian

MCMC menambah, langkah ini adalah kewajipan utama di bawah ONSA untuk usaha berterusan bagi memastikan pengalaman digital adalah lebih selamat terutamanya untuk kanak-kanak dan keluarga.

Langkah ini juga turut memperkukuh perlindungan persekitaran kanak-kanak dalam talian dan memberi keyakinan untuk ibu bapa yang perlu menghadapi risiko digital yang kian kompleks.

"Kod ini menetapkan jangkaan yang jelas kepada pemberi perkhidmatan untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam menangani kandungan memudaratkan dalam perkhidmatan masing-masing, khususnya dalam melindungi kanak-kanak dan pengguna rentan," kata MCMC.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Menurut MCMC, pendekatan ini adalah berasaskan hasil, di samping memberi fleksibiliti untuk pemberi perkhidmatan melakukan penyelesaian yang bersesuaian mengikut keperluan keselamatan, privasi dan perundangan.

Langkah ini termasuk mengehadkan pendaftaran dan pemilikan akaun oleh pengguna di bawah umur 16 tahun.

"Langkah di bawah CPC menyediakan perlindungan mengikut umur serta mengehadkan fungsi tertentu yang boleh mendedahkan kanak-kanak kepada risiko, sekali gus mengurangkan pendedahan kepada kandungan eksploitasi dan memudaratkan," katanya lagi.

RMC pula adalah supaya pemberi perkhidmatan melaksanakan langkah lebih proaktif untuk mengurangkan risiko kandungan memudaratkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: