Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ke-2 Paling ‘Power’, Akses Bebas Ke 175 Destinasi Dunia

Sebelum ini, Malaysia berada di tangga ketiga dalam Pasport Index 2025.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasport Malaysia kini berada di tangga kedua terbaik dunia dalam The Passport Index Global Ranking 2026

Jabatan Imigresen (Imigresen) melalui Facebook mengatakan penarafan ini sekaligus memberikan pemilik Pasport Malaysia akses ke 175 destinasi.

"Daripada jumlah itu, 129 destinasi menawarkan kemudahan bebas visa, manakala 46 destinasi membenarkan visa semasa ketibaan,

"Sebanyak 23 destinasi pula memerlukan visa,"
katanya.

Hal ini menunjukkan Malaysia mempunyai kestabilan, reputasi yang baik dan hubungan diplomatik yang kukuh dengan banyak negara lain.

SAYS.com
Image via Jabatan Imigresen Malaysia (Facebook)

Emirah Arab Bersatu (UAE) kekal berada di kedudukan pertama sebagai pasport terkuat

Menurut Pasport Index, Malaysia kini berada di kedudukan kedua di tangga yang sama dengan Singapura dengan masing-masing mempunyai 175 Mobility Score.

Manakala, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tempat pertama dengan Mobility Score 182 dan Sepanyol di tempat ketiga dengan skor 174.

Tempat keempat pula dikongsi oleh 16 negara seperti Belgium, Perancis, Denmark, Jerman, Sweden, Itali, Switzerland dan lain-lain.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Sebelum ini, Malaysia berada di tangga ketiga dalam Passport Index 2025.

"Pencapaian ini mencerminkan kekuatan dan penerimaan Pasport Malaysia di peringkat antarabangsa," dalam kenyataan.

Dapatkan maklumat lanjut di laman rasmi Passport Index untuk melihat kedudukan pasport-pasport negara secara global, individu, penerimaan dan lain-lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via