PDRM Sahkan Suara Tangisan Wanita Hanya Bunyi Pelik Tekanan Air Sahaja

Bunyi dah seram tapi hanya bunyi paip sahaja.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular video menunjukkan rakaman bunyi misteri dari ruang utiliti sebuah kondominium

Rakaman berkenaan telah dirakam oleh sepasang suami isteri yang tinggal di apartment di Empire City, Damansara Perdana yang mendakwa mereka telah mendengar bunyi tangisan wanita.

Akhirnya, persoalan telah terjawab setelah pemeriksaan polis dibuat susulan dakwaan sebelum ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengatakan anggota mereka sudah menjalankan pemeriksaan bersama pengawal keselamatan di bangunan berkenaan.

"Anggota sudah membuat pemeriksaan dan semua aras juga sudah diperiksa oleh pengawal keselamatan, namun tiada apa-apa yang mencurigakan," katanya.

SAYS.com
Image via Facebook

Hanya bunyi tekanan air daripada paip yang berbunyi luar biasa

Bukan bunyi wanita menerit hanya bunyi tekanan air daripada paip sehingga membunyi luar biasa seolah-olah ada orang meminta tolong.

"Pengawal keselamatan juga terdengar bunyi itu, tetapi bunyi itu berpunca daripada paip air. Tekanan air disyaki mengeluarkan atau menyebabkan bunyi yang pelik," katanya.

SAYS.com
Image via @hjohari.co (Threads)

Sepanjang rakaman tersebut bunyi itu menyerupai tangisan wanita. Kejadian tersebut belaku pada sekitar jam 1 pagi dan dilaporkan berlaku di tingkat 23 di tingkat ats dan bawahnya.

Pasukan penyelenggaraan juga telah membuat kesimpulan ia hanyalah bunyi-bunyi dari paip bangunan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: