Pelajar Perempuan Ditikam Di Sebuah Sekolah Menengah Di Banting
Difahamkan, suspek kejadian telah ditahan polis.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pelajar cedera apabila ditikam di sebuah sekolah menengah hari ini
Menurut laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, mengatakan kejadian telah disahkan dan memaklumkan mangsa kini berada dalam keadaan stabil.
"Ya, saya sahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Mangsa berada dalam keadaan stabil," katanya.

Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi
Image via Berita HarianTerdahulu, terdapat beberapa video rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan seorang remaja perempuan berpakaian hitam berjalan di dalam kawasan sekolah sambil memegang sebilah pisau.
Rakaman tersebut turut menunjukkan beberapa pelajar berlari bertempiaran untuk menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku.
Terdapat juga beberapa dakwaan mengenai suspek yang merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan yang telah dibuang dan ingin membalas dendam.

Mangsa yang tercedera kejadian tikam kini sedang dirawat di hospital, manakala suspek telah ditahan
Menurut kenyataan rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor), murid yang tercedera itu sedang mendapatkan rawatan di hospital.
"Manakala suspek kes ini pula telah ditahan oleh pihak Polis. JPN Selangor memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa," menurut kenyataan.
JPN Selangor mengatakan tumpuan utama ketika ini adalah memastikan murid yang tercedera mendapat rawatan terbaik dan bantuan diberi kepada keluarga.

Pasukan kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling juga telah digerakkan bagi melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan eluruh warga sekolah tersebut.
Pihak JPN Selangor juga menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan.
Setakat ini, polis masih belum mendedahkan butiran lanjut termasuk identiti suspek dan motif kejadian.

Saspek yang ditahan pihak berkuasa.
Image via Threads
Pisau yang dikatakan digunakan oleh suspek.
Image via ThreadsLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


