Pengamal Perubatan Kongsi Ada Kes Pengantin Baharu Terima Hadiah Kahwin, Rupanya Hantar Santau
Disangka hadiah perkahwinan, tetapi dapat lebih daripada itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pengamal perubatan Islam menceritakan pernah mengendalikan kes gangguan sihir yang dikatakan berpunca daripada hadiah perkahwinan yang diterima oleh pasangan pengantin baharu
Perkongsian ini telah dimuat naik di akaun TikTok milik pusat rawatan Islam, Pusat Rawatan At Taubah yang berkongsi kisah-kisah sihir atau perkara berkaitan dengan makhluk halus.
Mereka telah menerima panggilan dari seorang wanita di mana dia tidak dapat bertahan dengan perubahan sikap suaminya.
Dilaporkan oleh Kosmo, suami wanita tersebut dikatakan seorang yang lembut tutur kata dan menjaga solat tetapi tiba-tiba menjadi panas baran, membenci isterinya tanpa sebab dan memaki hamun selepas kira-kira sebulan berkahwin.
"Dia kata meluat tengok muka saya, bau saya macam bangkai, dia kerap jerit suruh saya berambus dan kadang naik tangan," dakwa wanita berkenaan.

Pasangan tersebut dibawa untuk mendapatkan rawatan
Pengamal perubatan Islam terbabit mendakwa mereka mengesan tanda-tanda gangguan yang dipercayai berkaitan sihir pemisah. Dikatakan jin tersebut telah berada di bawah katil mereka dan hampir berjaya menunaikan apa yang diupahnya.

Dalam perkongsian berkenaan, pengamal itu meminta keluarga pasangan tersebut untuk memeriksa bawah katil di rumah mereka bagi mencari objek yang mencurigakan yang mungkin menjadi punca gangguan.
Pemeriksaan yang dilakukan hanya menemui beberapa hadiah perkahwinan yang masih disimpan di lokasi terbabit.
Pasangan tersebut telah diminta untuk mengingati semula sama ada berlaku sebarang perubahan ketika membuka hadiah-hadiah berkenaan.
"Si isteri kemudian teringat pergaduhan besar pertama berlaku selepas mereka membuka beberapa kotak hadiah pada malam tertentu," katanya.
Salah satu hadiah tersebut telah menjadi punca gangguan selepas wanita berkenaan berasa loya dan muntah ketika memegang sebuah kotak mempunyai cawan perhiasan yang selalunya bukan barangan pelik untuk disangka buruk.

Gambar janaan AI
Image via Google GeminiGangguan berkenaan bukan daripada barang tersebut tetapi dikatakan sesuatu telah dicalit pada bahagian luar hadiah terbabit.
"Kamu letak sikit minyak buluh tumpat dalam air dan jirus pada hadiah tu. Buluh tumpat adalah buluh pembatal dan penawar bagi yang ada gangguan. Kemudian kamu hancurkan dan bakar sambil baca ayat kursi," memberi arahan kepada wanita tersebut.
Menurut pengamal perubatan berkenaan, pasangan itu kembali pulih dan harmoni kira-kira seminggu selepas proses tersebut dilakukan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via