Perdana Menteri Tegaskan Pihak Sekolah Jangan Cuba Sorok Kes Buli Demi Jaga Imej

Keganasan dan kezaliman perlu dibendung dari peringkat awal supaya perkara ini tidak menjadi lebih besar.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BERNAMA & Star

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan pihak sekolah untuk tidak melindungi atau menyembunyikan kes buli

Sebelum ini pernah terdapat beberapa kes di mana terdapat beberapa sekolah yang sanggup menutup atau menyembunyikan demi menjaga imej dan prestasi institusi pendidikan.

Menurut laporan dari Berita Harian, Anwar Ibrahim berkata sekolah perlu bersikap lebih telus dalam mengendalikan kes disiplin kerana tindakan menyembunyikan kes hanya akan membiarkan kezaliman terus berulang sehingga boleh menjejaskan keselamatan murid dan pelajar.

"Saya mengingatkan pengetua dan guru besar supaya mengambil perkara ini sebagai satu sikap yang sangat penting. Tidak bermakna apabila satu kes berlaku dan dihebahkan, sekolah itu gagal.

"Kalau guru besar memilih untuk mendedahkan kes itu, saya hormat kerana dia tidak cuba melindungi semata-mata hendak menjaga imej sekolah atau prestasi sekolah,"
katanya.

SAYS.com
Image via BERNAMA

Ibu bapa tidak patut dipaksa menerima keselamatan anak terjejas

Pesanan ini telah dibuat oleh beliau ketika berucap di Majlis Bersama Warga Kementerian Pendidikan (KPM) yang diadakan semalam yang turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menambah lagi, Anwar mengatakan ibu bapa tidak boleh dipaksa menerima hakikat anak mereka takut untuk ke sekolah akibat buli ada dera. Tidak kira kes kecil mahu pun kes serius.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

"Bagaimana kita sebagai bapa dan datuk boleh terima anak cucu kita masih resah untuk ke sekolah kerana ada buli atau penderaan? Jadi anak dia dera, kita nak tanggung dosa itu.

"Sebab itu saya minta supaya ada perubahan. Mungkin keadaan semakin reda, tetapi masalah itu masih berlaku. Kecil atau besar, tidak boleh dibiarkan kerana kezaliman itu bermula di situ,"
katanya.

Keganasan dan kezaliman perlu dibendung dari peringkat awal supaya perkara ini tidak menjadi lebih besar. Pangkalnya mesti dibetulkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: