Perlu Taubat Jika Ada Ritual Pemujaan Di Konsert The Weeknd – Mufti Pulau Pinang
Umat Islam tidak boleh hanya membuat kesimpulan semua pengunjung konsert terbabit dalam ritual pemujaan hanya berdasarkan dakwaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyiasat dakwaan persembahan konsert The Weekend mengandungi unsur bercanggah akidah Islam
Menurut laporan daripada Berita Harian, Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Hasan mengatakan Bahagian Penyelidikan JAKIM sedang berhubung dengan urus setia Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) untuk mengesahkan dakwaan itu.
"Tindakan tegas berlandaskan undang-undang dan fakta sahih akan diambil bagi memastikan persembahan artis dalam dan luar negara sentiasa memelihara sensitiviti agama, budaya serta ketenteraman awam," katanya.
Menurut beliau, Islam melarang sebarang bentuk pemujaan selain Allah dan semua pihak perlu memastikan persembahan seni tidak menimbulkan kekeliruan berkaitan akidah dan akhlak.

Perkara ini perlu diambil serius dan diberi perhatian oleh umat Islam
Dalam laporan susulan Berita Harian, umat Islam yang menghadiri konsert The Weeknd dan didakwa mempunyai unsur ritual pemujaan disaran segera bermuhasabah, beristighfar dan menunaikan solat sunat taubat jika mengetahui dan sengaja menyertai perbuatan yang bertentangan dengan akidah Islam.
Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, mengatakan perbuatan menyokong atau mengambil bahagian secara sedar dalam ritual pemujaan dan pernyembahan selain Allah SWT adalah perkara serius yang perlu diambil perhatian oleh umat Islam.

Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman.
Image via Berita Harian"Kehadiran seseorang semata-mata untuk menyaksikan persembahan hiburan tanpa mengetahui atau menyertai sebarang ritual pemujaan tidak menjadikan individu itu melakukan syirik atau terkeluar daripada Islam.
"Namun, bagi mereka (umat Islam) yang menghadiri konsert tersebut sangat digalakkan untuk bermuhasabah, beristighfar dan menunaikan solat sunat taubat. Bagi mereka yang benar-benar melakukan perkara yang diharamkan, taubat adalah wajib," katanya.
Oleh itu, individu terbabit wajib melakukan taubat nasuha dan meninggalkan perbuatan tersebut, menyesal dan berazam tidak akan mengulanginya lagi.
Jelasnya lagi, dalam konteks hiburan,umat Islam perlu lebih berhati-hati memilih persembahan yang dihadiri khususnya jika konsert itu mempunyai simbol, perlakuan atau mesej yang mengelirukan serta menjejaskan pegangan akidah.
Umat Islam juga tidak seharusnya membuat kesimpulan bahawa semua pengunjung konsert berkenaan terbabit dalam ritual pemujaan hanya berdasarkan dakwaan atau tafsiran persembahan pentas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via