PMX Umum Baucar Buku Madani RM100 Buat Pelajar Sekolah Menengah & IPTA Seluruh Negara

Inisiatif pemberian baucar itu melibatkan pelajar di bawah KPM dan mahasiswa di bawah KPT.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malaysia Gazette & Bernama

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian Baucar Buku Madani sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Menurut laporan Harian Metro, inisiatif pemberian baucar itu melibatkan pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan mahasiswa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Anwar berkata, keputusan pemberian baucar kepada dua kelompok itu selepas mengambil kira kemampuan kewangan semasa negara.

"Dalam soal program Baucar Buku Madani ini, saya tak ada pilihan. Saya beritahu Kementerian Kewangan (walaupun) sukar, perit soal buku dan pendidikan (ini, ia) harus tetap diberikan keutamaan.

"Maka, semua pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan mahasiswa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di seluruh negara akan tetap menerima RM100 seorang,"
katanya.

SAYS.com
Image via Malaysia Gazette

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Anwar turut menyeru ibu bapa memastikan anak mereka memanfaatkan pemberian baucar buku itu dengan sewajarnya

"Manfaatkan baucar buku itu dan pantau supaya anak-anak bukan sahaja beli dan simpan dalam almari, tetapi beli dan mula membaca," katanya.

Ini kerana katanya, budaya membaca telah menjadi masalah dalam dunia moden pada hari ini kerana semakin ramai orang telah kehilangan minat untuk membaca.

"Paling ramai orang sekarang telah hilang minat membaca kerana dia membaca hanya media sosial, menjawab permasalahan yang kompleks dalam 20 perkataan, mencerca orang dan menolak dasar negara hanya dengan 40 perkataan.

"Ini bahaya atau merugikan, ini bukan pendidikan, ini bukan tradisi ilmu,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Bernama

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: