Rasai Pengalaman 1890-an, Aplikasi Mesej Ini Berfungsi Seperti Burung Merpati Hantar Surat
Kadang-kadang burung merpati virtual anda boleh mati ketika menghantar mesej.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam era yang didominasi chat terpantas, aplikasi iOS ini memperlahankan setiap mesej yang anda hantar
Digelar sebagai Carrier Pidge, aplikasi ini menghantar mesej teks menggunakan burung merpati penghantar surat virtual.
Aplikasi ini menggunakan kiraan GPS sebenar di antara penghantar dan penerima. Membalas teks boleh memakan masa dari beberapa saat hingga beberapa hari untuk sampai ke destinasi.
Konsep ini menggunakan burung terbang dengan kelajuan 177km/h mengikut kepantasan terbang mereka dan boleh menurun sebanyak 25%.
Tidak seperti burung yang wujud, anda boleh melihat burung virtual ada terus secara langsung di aplikasi itu.
Burung virtual anda juga berisiko untuk hilang ketika penghantaran
Setiap burung virtual mempunyai 0.2% risiko untuk hilang ketika menghantar mesej. Jika burung merpati anda gagal sampai ke destinasi, teks tersebut akan hilang selama-lamanya. Satu teks memberitahu kegagalan menghantar mesej juga akan dihantar kepada anda.

Menurut pembangun Noah Iarrobino, dia hanya membangunkan aplikasi ini dalam tiga minggu sahaja. Projek ini pada asalnya tiada tujuan dan dia hanya mahu membina aplikasi sebegini untuk mengeluarkan idea menyeronokkan dari kepalanya.
Satu teks pendek dari Kuala Lumpur boleh dihantar dalam beberapa saat sahaja. Tetapi jika anda mahu menghantar mesej serata dunia, perlu menunggu beberapa hari. Jangan lupa cuba Carrier Pidge yang membawa makna kepada setiap mesej anda.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via